Keburukan memakai cermin mata walaupun tidak rabun.

“Patutkah memakai cermin mata? Tapi saya tidak rabun? Who should I ask?”
Credit to the photographer, my friend on insta @sar_ai_

Hi! Selamat datang ke laman blog saya.

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri memakai cermin mata yang telah saya mulakan sejak saya di sekolah menengah sehinggalah pada tahun 2018 ini. Untuk pengetahuan semua, saya pada awalnya bukanlah rabun teruk sangat pun tapi keinginan untuk memakai cermin mata untuk kelihatan lebih ‘style’ membuatkan saya memulakan penggunaan cermin mata dan saya merasakan sedikit penyesalan di situ pada hari ini.

Sebab saya berkaca mata pada awal usia 13 atau 14 tahun:
  1. Tidak tahu keburukan memakai cermin mata walaupun tidak mengalami sebarang rabun
  2.  Tidak mempunyai ahli keluarga yang memakai cermin mata.
  3.  Ingin kelihatan bergaya.
  4. Teringin sebab selalu tengok tv orang yang bercermin mata nampak lebih bijak.

Mengapa saya merasa menyesal memakai cermin mata:
  1.     Saya bukannya rabun sangat pun pada usia saya memulakan pemakaian cermin mata. Saya sekadar ingin bergaya dan tidak tahu kesan jangka panjang cermin mata. Kalau saya tahu, mesti hari ini saya akan pakai cermin mata yang tidak mempunyai kuasa dan sekadar ‘acah-acah’ untuk bergaya. Sebabnya, pada hari ini, ‘power’ cermin mata saya semakin meningkat dan saya sudah menukar beberapa kali cermin mata saya. Selain itu, bila menggunakan cermin mata juga, saya terhalang untuk menceburi bidang juruterbang atau ‘pilot’ sebab dengar cerita bidang ini mahukan orang yang mempunyai penglihatan yang baik. Huhu.
  2.     Membazir duit sebab akan kerap tukar cermin mata apabila usia semakin meningkat. Secara peribadi, mata saya pada hari ini (sekarang usia saya 21 tahun) semakin kabur dan semakin teruk daripada rabun saya ketika saya mula memakai cermin mata. HUHU.
  3.      .    Kehilangan peluang pekerjaan yang mahukan seorang yang mempunyai mata yang baik seperti bidang penerbangan dan tentera.

Patutkah memakai cermin mata atau dalam englishnya, Should I wear spectacles?
To be honest, I would suggest you to wear it when you really need it. If your eyes are still fine and you just want to try to see if you look good with it, I would really suggest you buy a fake spectacle (the one without any power). So, it would be safer, low cost and stylish without any damage to your eyes.

Secara peribadi, saya merasa sedikit kekesalan kerana memilih untuk memakai cermin mata walaupun kadar rabun saya masih di tahap rendah semasa di awal usia. Jadi, saya tidak mahu pembaca membuat kesilapan yang sama seperti diri saya. Mata adalah anugerah yang harus dijaga sebaik mungkin.

Itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya!

Twitter: @syafiqcat
Instagram: @syafiqcat

If you feel this article can help, please help yourself to spread it to the world!

Ulasan

  1. Borgata's online poker rooms don't match the $2.4 bln loss
    A review of Borgata's online poker 상주 출장샵 rooms 경산 출장마사지 and casinos. Learn all 청주 출장샵 about their signup bonus, deposit 정읍 출장샵 methods, and 군산 출장마사지 mobile app.

    BalasPadam
  2. kalau mata kita tidak rabun tapi memakai cermin mata takde power,boleh ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan