PERJALANAN
SEBENAR KERJAYA BIDANG PSIKOLOGI DI MALAYSIA TAHUN 2020 DALAM SEKTOR INDUSTRI
PEKERJAAN DI MALAYSIA
BERDASARKAN PENGALAMAN PSIKOLOGIS DI MALAYSIA DAN BIDANG BERKAITAN, DAN PANDANGAN PERIBADI SYAFIQ SHAH, GRADUAN DEGREE DALAM BIDANG PSIKOLOGIS TAHUN 2020
Hi semua! Selamat Datang ke Blog Syafiqcat.
Seperti mana yang semua tahu, bidang psikologi merupakan
bidang yang semakin mendapat perhatian daripada anak muda Malaysia. Semakin
ramai mempunyai azam dan keinginan untuk menceburi bidang psikologi bermula
selepas tamatnya sekolah menengah. Hal ini adalah perkara yang bagus.
Walaubagaimanapun, prospek perjalanan kerjaya bidang psikologi di Malaysia
amatlah sedikit sumbernya dan peluang pekerjaan dalam bidang ini juga agak
tidak jelas.
Untuk yang baru datang ke blog saya, saya baru sahaja
menamatkan degree saya dalam psikologi di Michigan State Universiti pada Mei 2,
2020 baru-baru ini. Jadi, sekarang adalah masa saya mencari peluang kerjaya
dalam bidang ini di Malaysia. Saya sudah membuat akaun LinkedIin, Jobstreet,
Maukerja, Glassdoor dan lain-lain untuk tujuan mencari kerja. Namun begitu,
apabila saya ‘search’ psikologis atau pegawai psikologi atau psychologist di
ruangan carian di setiap website cari kerja ini, ianya sangat mengecewakan
kerana yang muncul hanyalah sedikit dan jawatan seperti lecturer ataupun
clinical psychologist atau therapist adalah kerja yang selalu muncul di sini.
Jadi, timbul pelbagai Persoalan pada diri saya, di mana sebenarnya kebenaran
fakta Malaysia memerlukan lebih ramai pakar psikologi? Selain itu, rakan-rakan
saya dan saya juga mempunyai persoalan yang sama seperti:
1.
What can I do with a degree in Psychology in
Malaysia?
2.
Do we have to do master to become clinical
psychologist?
3.
Which universities in Malaysia are the best to
pursue Psychology?
4.
What field of psychology that is really needed
in the job industry in Malaysia?
5.
Is it true that you have to learn Psychology in
Malay at UKM? Was it hard to translate English to BM?
6.
Selepas bergraduasi di peringkat degree, what
usually you did as a holder of psychology degree? Cari kerja atau terus sambung
belajar?
7.
Secara jujur, apabila saya search psychologist
di website cari kerja, sememangnya peluang pekerjaan yang saya jumpa amat
sedikit berbanding pekerjaan lain seperti HR atau engineer. Jadi, bagaimana
sebenarnya prospek industry psikologi di Malaysia ini? Or is it worth it since
kena sambung master and spent thousands ringgit just to know that job industry isn’t
as what we expected.
Oleh itu, pada Jun 16, 2020, saya diberikan peluang untuk
menemu bual seorang klinikal psikologis Malaysia (clinical psychologist) yang
sedang meningkat naik namanya iaitu Encik Akif Basri. Biar saya introduce
sedikit mengenai beliau. Beliau sedang practicing psikologi di Bandar Bukit
Mahkota. Beliau undergrad di UKM dalam bidang psikologi kemudian terus
menyambung master dalam bidang developmental psychology dan kemudian sambung
master kedua dalam bidang clinical psychology. Beliau tamat pada tahun 2017.
Beliau mendapat tajaan sebuah Yayasan. Sekarang beliau bekerja di private
klinik dan menjadi part-time lecturer dalam bidangnya.
Pada 16 Jun 2020,10 pagi, melalui aplikasi Zoom dan bermoderatorkan
Encik Abu Bakar iaitu kenalan saya yang merupakan senior di Michigan State
University tempat saya belajar, berlakulah temu bual saya Bersama Encik Akif.
Saya juga ingin berterima kasih kepada Encik Abu Bakar atas kesudian membantu
saya bertemu dengan Encik Akif secara virtual. Jadi, tanpa membuang masa,
marilah saya dedahkan perbualan saya Bersama Encik Akif.
SOALAN YANG SELALU BERMAIN DI FIKIRAN FRESH GRADUATE DEGREE IN PSYCHOLOGY SETELAH BERGRADUASI:
1.
APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN DENGAN HANYA IJAZAH
SARJANA MUDA DALAM BIDANG PSIKOLOGI DI MALAYSIA?
Kita perlulah pandai menjual diri kita kepada syarikat yang kita ingin bekerja dengan hanya berbekalkan degree sahaja. Kalau jawatan dalam kerajaaan SPA, yang mempunyai degree mungkin boleh digelar pegawai psikologi. Pekerjaan pegawai psikologi ini mungkin akan buat kaunseling dengan staff, bantu HR.
Selain itu, dengan hanya ijazah atau degree
dalam psikologi, kita boleh masuk kerja di pusat-pusat pemulihan, HR di
bank-bank atau private institution. Kemudian saya tanya Encik Akif, adakah
pusat-pusat pemulihan nak graduan psikologi yang masih tiada pengalaman
bekerja? Encik Akif cakap, mereka lebih prefer orang yang mempunyai degree
berbanding master kerana bayaran lebih murah berbanding orang yang mempunyai
master.
2.
ADAKAH KITA PERLU MEMBUAT MASTER UNTUK MASUK KE
BIDANG CLINICAL PSYCHOLOGY DI MALAYSIA?
Ya, untuk menceburi bidang klinikal
psikologi, kita perlu sambung sehingga ke peringkat Master. Sebab apa? Sebab
masa zaman degree, apalah sangat kita belajar kan. Jadi, di peringkat Master,
kita akan diberikan lebih exposure mengenai bidang ini dan experiences dalam
menguruskan orang-orang sebenar di dunia sebenar dengan masalah sebenar.
Encik Akif kata dia pernah apply
untuk jadi clinical psychologist ketika dia hanya mempunyai degree, tetapi
gagal kerana tidak mempunyai pengalaman yang sebenar dan perlu bersaing dengan
ramai graduan yang mempunyai Master dan juga PHD.
Jadi, Encik Akif recommend kalau
selepas degree, kau tak sure lagi nak sambung Master in Psychology either in
Counselling or Clinical, direcommend untuk cari jawatan fulltime or internship
di syarikat-syarikat pusat psikologi Malaysia. Boleh search di Google pusat
psikologi di Malaysia dan cari kekosongan jawatan untuk menjadi pembantu
klinikal psikologis supaya mendapat pendedahan adakah kau betul-betul minat
dengan bidang ini. Jadi, selepas bekerja, kau boleh tentukan sama ada kau mahu
teruskan dalam bidang psikologi ataupun tidak.
Encik Akif kata, kalau nak lebih
praktikal, elok juga ada a little experiences in the job sector.
3.
ADAKAH FRESH GRADUATE DEGREE IN PSYCHOLOGY PERLU
WORKING EXPERIENCES BEFORE DAPAT MASUK DUNIA PEKERJAAN?
Encik Akif kata itu bergantung
kepada apa yang kau nak specialize into. Jika kau target nak masuk bidang
akademik and stay on that line of work seperti lecturer or professor, better
kau terus sambung master after tamat degree dan boleh terus sambung PHD kalau
berminat.
4.
SEBAGAI GRADUAN DEGREE DALAM PSIKOLOGI,
BAGAIMANA SEBENARNYA CARA UNTUK SAYA MENCARI PELUANG PEKERJAAN?
Encik Akif bersetuju dengan saya iaitu agak susah untuk mencari pekerjaan yang berlandaskan psikologi di website common mencari kerja di Malaysia seperti di LINKEDIN, JOBSTREET, MAUKERJA, GLASSDOOR.
Jadi, Encik Akif kata graduan perlu mengeluarkan usaha lebih untuk discover peluang-peluang pekerjaan di website website pusat psikologi yang terdapat di Malaysia. Boleh search di google pusat psikologi di Malaysia dan lawati laman web mereka. Lihat jika ada kekosongan untuk menjadi intern atau full time as pembantu psikologis. Selalunya kita perlu emel mereka CV atau resume.
Encik Akif tidak nafikan kepayahan yang
dilalui graduan psikologis di Malaysia setelah tamat pengajian di peringkat
ijazah mahupun diploma. Encik Akif sarankan untuk graduan mencari saluran yang
betul . Kena join circle of psychologist. Boleh follow Encik Akif,
Aimanpsikologi dan orang orang yang terkenal dengan psikologi untuk terdedah
kepada peluang-peluang.
5.
APA BIDANG PSIKOLOGI PALING DIPERLUKAN DI
MALAYSIA?
Malaysia paling suka psikologi kaunseling. Jika kita lihat banyak petunjuk cara-cara untuk menjadi kaunselor berbanding cabang-cabang lain dalam psikologi di Malaysia. Hal ini kerana laluan kerjaya dalam psikologi dalam kaunseling telah mendapat pengiktirafan kerajaan dan mempunyai lesen yang boleh didapatkan apabila melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Oleh itu, saya katakan laluannya begitu jelas.
Jika kita Lihat psikologi klinikal, ianya popular juga di Malaysia. Tetapi ianya di tangga ke-2 selepas kaunseling. Hal ini kerana ianya sedang berkembang naik dan Malaysia mula menyedari kepentingannya. Walaubagaimanapun, perkembangannya agak perlahan di Malaysia. Sehingga hari ini, tiada lesen yang diperakui oleh kerajaan untuk memperakui kepakaran orang yang mengambil bidang klinikal psikologi di peringkat Master. Jika dibandingkan untuk kaunseling psikologi, mereka akan mendapat lesen sah untuk menjadi kaunselor daripada jabatan rasmi. Hal ini menyebabkan sesiapa sahaja boleh mengaku mengamalkan psikologi klinikal walaupun dia tidak mempunyai skills yang diperakui oleh pihak atasan. Disebabkan itu, ianya kurang popular berbanding kaunseling walaupun ianya satu cabang yang sedang meningkat naik di Malaysia. Kata Encik Akif, pihak kerajaan sudah meluluskan bidang klinikal psikologi namun progressnya terlalu perlahan sehinggalah hari ini. Masih tiada lesen yang kerajaan akui untuk graduan dalam bidang ini. Tetapi jika kita mempunyai Master, ianya cukup untuk melayakkan diri kita mendapat nama sebagai klinikal psikologis.
Pada pendapat saya, saya amatlah bersetuju bahawa
perkembangan cabang psikologi selain kaunseling sangatlah perlahan di Malaysia.
Saya secara peribadi melihat cabang lain seolah-olah dipandang remeh oleh
Malaysia. Sedangkan cabang-cabang ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri.
Saya juga ingin mengkritik persatuan psikologi Malaysia yang tidak mempunyai
inisiatif yang boleh dilihat masyarakat muda khususnya untuk perkembangn
psikologi di negara ini. Sedangkan persatuan Inilah yang sepatutnya aktif di
media sosial pada hari ini untuk menerangkan perjalanan kerjaya bagi yang
mengambil bidang psikologi. Jadi, saya terpaksa mengambil alih tugas mereka dan
mencari mereka yang dapat menerangkan hal ini kepada saya.
6.
APA UNIVERSITI YANG BAGUS UNTUK MEREKA YANG
INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN DI PERINGKAT MASTER DALAM BIDANG PSIKOLOGI?
Encik Akif memberikan pendapat:
-UKM
-CUCMS
-HELP uni
-UPSI (masih baru)
-UIA (Master of Human Sciences in Psychology (specializing in Clinical & Counselling)
Dan Encik
Akif juga menasihatkan sebelum masuk melanjutkan Master dalam bidang klinikal
psikologi, perlulah dilihat credit hours yang ditawarkan untuk memastikan
jumlah jam yang kita dapat melayakkan diri kita untuk bergelar psikologis
klinikal supaya tidak menjadi masalah tidak cukup supervision.
7.
APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN KETIKA MASTER DALAM KLIINIKAL
PSIKOLOGI?
1ST SEM: BELAJAR TEORI
2ND SEM: DILETAKKAN KITA
DI KLINIK
3RD SEM: DILETAKKAN KITA
DI HOSPITAL
8.
BAGAIMANA JIKA SAYA NAK MASUK INDUSTRIAL AND
ORGANISATIONAL PSYCHOLOGY DI MALAYSIA? BAGAIMANA PERKEMBANGAN BIDANG INI DI
MALAYSIA?
Encik Akif menyatakan bahawa bidang IO juga kurang
mendapat perhatian dalam industry pekerjaan di Malaysia. Beliau ada mengenali
seorang yang mempunyai PHD dalam bidang ini dan beliau bekerja di bidang
akademik. Namun apabila beliau keluar daripada bidang akademik untuk masuk ke sector
swasta, beliau masih struggle untuk mencari pekerjaan walaupun sudah mempunyai
phd. Tapi Encik Akif hanya berlandaskan pendapatnya kepada seorang yang dia
kenali dan tidak secara asas, jadi saya berpendapat kita boleh ambilnya sebagai
pendapat sampingan buat masa ini. Encik Akif juga bersetuju bahawa dia tidak
boleh memberikan pendapat memandangkan ianya bukan bidangnya. Jadi, pendapatnya
hanyalah sekadar berdasarkan pemerhatian beliau pada kenalan beliau sahaja.
1.
BENARKAH DI UKM BELAJAR PSIKOLOGI DALAM BAHASA
MELAYU?
Hanya di UKM Bangi: In Malay
2.
SAYA LIHAT WEBSITE WEBSITE DI MALAYSIA SEPERTI
WEBSITE JABATAN JABATAN KERAJAAN SEPERTI JABATAN PSIKOLOGI AGAK KETINGGALAN
ZAMAN. PERSATUAN PSIKOLOGI MALAYSIA JUGA TIDAK MENGGUNAKAN PLATFORM MEDIA
SOSIAL SEPERTI IG, FB UNTUK MENERANGKAN ATAU MEMBANTU MEREKA MILLENIAL TERUTAMANYA
DALAM MENJELASKAN KERJAYA DALAM BIDANG PSIKOLOGI. PADA PENDAPAT ENCIK AKIF, MENGAPA
IANYA SEBEGINI?
KONKLUSI:
IG @kerjayapsikologidimalaysia |
Jadi, itu sahaja yang saya ingin wacanakan pada anda semua. Bagi yang berminat dalam bidang psikologi, saya pun seperti anda, minat tetapi saya juga bersetuju yang perjalanan kerjaya bidang ini di negara ini walaupun meningkat naik keperluannya, namun tiada guidance ataupun petunjuk yang jelas cabang yang mana satu yang diperlukan sebenarnya.
Oleh itu, saya berpendapat, pihak
berwajib atau bertanggungjawab seperti Persatuan Psikologi Malaysia atau pihak
kerajaan perlulah memberikan guidance, dan memperakui cabang-cabang psikologi
lain di negara ini. Sudah tahun 2020, tapi website website pihak pihak ini agak
ketinggalan zaman. Sudah tahun 2020, negara-negara maju sudah mempunyai
cabang-cabang yang berbeza untuk industry pekerjaan namun Malaysia masih
mengekalkan psikologi kaunseling sahaja yang diperakuinya. Sampai bila hanya
psikologi kaunseling sahaja yang diperlukan? Tidakkah kita juga memerlukan
ramai psikologis klinikal untuk keperluan mental rakyat Malaysia hari ini? Perjalanan
kerjaya ini memerlukan pihak pihak berwajib untuk menerangkan dan memastikan
graduan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas untuk membantu meningkatkan
kesihatan mental dalam Malaysia.
Terima kasih atas kesudian membaca blog saya pada kali ini. Anda
boleh follow saya di IG @syafiqcat dan IG khas saya wujudkan untuk
membincangkan perjalanan kerjaya psikologi di Malaysia
@kerjayapsikologimalaysia.
Check my Youtube Videos @syafiqcat.
Like, Share, Comments and Follow.
Dah lama tak baca blog hahah perkongsian encik sgt memberi inspirasi dekat saya sebagai pelajar diploma psikologi di cucms kerana terlalu mengikut minat kadang2 saya rasa keputusan yang saya buat ni terlalu awal sbb bnyk saya baca graduan psikologi bermula di degree tapi bila baca blog ni saya terus ingat niat saya mula2 nak sambung belajar. Terima kasih encik. Terus sebarkan tentang psikologi ya.
BalasPadamTerima kasih baca blog saya. Keep fighting this issue
PadamThank you for the initiative you're up to. If you need any other assistance in this journey please free to contact me through my IG Jenpr1sca. I'm also a Psychology graduate from UCSI UNIVERSITY.
BalasPadamNice to know you. Tqvm!
PadamWhoa. At last, there's someone who speaks out about this matter. Saya juga salah seorang pelajar diploma psikologi di IJN College (kolaborasi dengan CUCMS).
BalasPadamDah lama terfikir-fikir pasal pathway nanti. Saya support belakang encik. Kalau perlu bantuan saya sedia membantu 🙌 hehe
Tqvm! Appreciate the support
PadamSalam sejahtera. Saya adalah seorang pelajar lepasan UITM diploma sains. Saya rasa saya mahu ambil bidang psychology untuk degree nanti. Tetapi seperti yang awak sebut saya tengok dlm website hanya 2 company saja yg cari vacancy psychologist (setakat ini). So, saya masih buntu patutkah saya ambil bidang psychology ni? Btw, awak sudah dpt pekerjaan? Segala tunjuk ajar amat dihargai
BalasPadamHi, tak salah nak teruskan dlm bidang ini. Namun, anda perlu pastikan ia mmg minat anda. Dan jika anda betul2 nak masuk bidang ini, mmg kene study sampai master or phd. sbb degree belajar asas2 shj. Kalau hanya degree, bidang HR, Sales, Marketing boleh masuk. Tapi mmg akan compete dgn graduate lain. Rezeki ada, tapi kalau nak specialize dlm this field, prepare to study beyond degree.
PadamYa, saya bekerja dalam HR Staffing sekarang
PadamAssalamualaikum and Hi. I am a psychology student. Whenever I feel down I will open this blog and read it no matter how many times. Malaysians still do not understand what is psychology and the branch of work for psychology students. Even people close to me still don't understand when I explain it then end the argument. Hope I can go through it. Thank you for an amazing blog and sharing.
BalasPadamSure. Tqvm for reading
PadamRamai ja graduan psy amik master kaunseling as a short cut utk dapatkan cert. So kesimpulan as to be safe graduan psy kena further study kan
BalasPadamSalam tuan... Sye pelajar lpsn spm 2020..dn sye betul ii brminat dlm bidang psikologi... Tpi my parents selalu ingat kn yg skop psikologi ni x berbaloi... Agak menghampakn.. Tpi xper dgn penerangan yg dibuat dlm blog ni tlh menyedarkn my parents.. So sye ade pertanyaan.. Kerja psikologi clinical ni mcm mne ye?? Klw kerja caunselling psychology sye thu.. Boleh kasi penerangan x tuan.. Dn ouhh ye doakan sye smbung belajar psikologi di indonesia ye
BalasPadamSalam...bagaimana pula dengan pelajar degree kaunseling yang berminat untuk sambung psikologi klinikal? Boleh ke drpd kaunseling ke klinikal?
BalasPadamBagus blog saudara. mengupas dengan baik isu ini. saya sebagai pemegang degree IO berpendapat, untuk mendapatkan tempat sebagai psikologis IO adalah amat terhad dan sukar. kebanyakan daripada graduan tidak mendapatkan pekerjaan sebagai IO psikologis. ada diantara graduan yang menyambung master di dalam psikologi klinikal, psikologi kauseling. setelah tamatnya master, mereka bekerja sebagai psikologi klinikal.
BalasPadammaka, itu tidak mematahkan semangat, kerana ilmu boleh diterjemahkan secara teori dimana-mana sahaja walau tidak bekerja sebagai IP psikologis.
dan selamat maju jaya buat saudara penulis blog
Hi Syafiq..Thank u sebb discuss and share pasal issue ni...Saya final year student in degree psychology...Saya pun ada ambition to be clinical pychologist. Im aware yg dekat Malaysia tk senang to be one and memang kena compete gila gila utk amik master dlm clinical tu...Lecterur saya cakap mostly dorang akan amik those yg ada working experiences...
BalasPadamMasalahnya utk dapatkan working experience yg bersesuaian and related dgn bidang ni pun tk senang��
Kalau Syafiq tak kisah boleh awak share awak buat apa sekarang?
Apa beza clinical psychologist dan counseling psychologist?
BalasPadamkalau amik full time master berapa ya tempoh pelajaran dan part time berapa lama ?
BalasPadam