Patut kah saya ambil major Psikologi di Malaysia?

 Jangan pilih degree dalam Psikologi!

 


Hi, Selamat Datang ke Blog saya. Kali ini saya nak spill bitter truth tentang course Psikologi di Malaysia dari segi peluang pekerjaan.

Sebab Sebab Psikologi bukan course yang bagus untuk kita ambil di universiti:

1. Peluang pekerjaan bidang Psikologi di Malaysia ialah sangat kecil dan menghampakan. Untuk layak kerja sebagai sekurang kurangnya kaunselor atau psikologis, kita perlu mempunyai Master. Namun, ada kawan saya, walaupun ada Master mengakui pekerjaan di Malaysia amatlah sikit dan tertumpu di Selangor sahaja. Malah, gaji yang ditawarkan tidak setaraf Master yang dimiliki. Adil ke macam tu sedangkan kita sudah keluar ribuan ringgit untuk dapatkan pendidikan di universiti. Kadang kala kerja itu prefer experienced berbanding fresh. Anda rasa? Bukankah itu menyakitkan hati seolah olah universiti hanya mengajar tapi tidak update dengan keperluan semasa pelajar pelajar di Malaysia.

2. Pekerjaan bagi lepasan degree Psikologi di Malaysia kebanyakan akan masuk dalam HR, admin dan ada rakan saya yang sampai cari kerja freelance. Tapi last sekali dia dapat jadi penyampai berita dalam radio. Point saya ialah kerja lepasan degree Psikologi ialah sangat asas dan tidak competitive. Malah sekarang kita bersaing untuk dapatkan kerja dengan pelajar sosial sains yang lain.

3. Kos belajar perlu sampai Master tapi gaji ciput buat apa. Ribuan ringgit dilaburkan tapi pulangan hanya sedikit hanya kerana kerajaan tidak langsung mengiktiraf pekerjaan cabang psikologi yang lain. Yang mereka tahu hanya stick to old one, iaitu menyamakan lulusan psikologi dengan kaunseling sahaja.

4. Kalau minat sikit psikologi, ambil sebagai minor atau subjek sampingan lebih bagus dari subjek teras. 

Jadi, jika awak masih nak ambil, saya ok sahaja tapi pastikan awak ada niat untuk sambung belajar sehingga Master at  least. Dan of course kena ada duit atau mesti sanggup buat loan belajar. Tapi kalau awak minat buat macam itu, saya rasa awak akan berjaya dalam bidang itu. Tulisan kali ini ingin fokus kepada mereka yang masih ragu-ragu sama ada kerjaya psikologi ke yang mereka nak end up in.

So, fikir fikirkan. Sekian, terima kasih!

 


Ulasan