Pengalaman dan Tips Interview Biasiswa JPA

APA KITA PERLU BUAT DI INTERVIEW BIASISWA JPA?


Selamat datang ke blog saya.Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang perjalanan untuk mendapatkan biasiswa JPA ini.

Selepas mendapat keputusan SPM, alhamdulillah saya mendapat keputusan yang baik, jadi tibalah hari untuk memilih haluan seterusnya. Jadi, saya telah melakukan beberapa cara untuk mengetahui hala tuju saya antaranya:

1. Saya telah berjumapa dengan kaunselor saya.Dari situlah saya mendapat tahu pelbagai jenis biasiswa yang disediakan untuk lepasan SPM seperti biasiswa Universiti Teknologi Petronas, JPA,Shell dan lain-lain.

2.Mendaftar universiti melalui portal UPU.

Jadi, saya telah memohon biasiswa UTP dan biasiswa JPA-MARA.Dipendekkan cerita, akhirnya saya terpilih untuk menghadiri temuduga biasiswa JPA untuk proses pemilihan. Khabarnya JPA memilih ramai calon untuk ditemu duga, jadi ini akan menjadi suatu persaingan.Saya mendapat temuduga di kawasan IKBN, Bukit Mertajam.Ingin tahu ?

Temuduga yang saya hadiri akan melakukan perkara berikut;

1. Saya dikehendaki mendaftar sendiri di dalam IKBN. Ahli keluarga diminta tunggu diluar sementara proses temuduga berlangsung.Temuduga saya bermula pada waktu tengahari.Kami dikehendaki memakai baju t-shirt berwarna putih seperti yang tertera di surat.

2. Sewaktu pendaftaran, kami dikehendaki menyusun sijil-sijil kami dengan teratur di dalam satu file sendiri mengikut aturan yang telah dinyatakan di dalam surat.Selepas itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan ; setiap satu kumpulan mempunyai lebih kurang10-14 orang(saya tidak berapa ingat),

3. Pada mulanya, kami diarahkan untuk berkenalan sesama kami, kemudian pihak JPA melakukan beberapa aktiviti bagi mempercepatkan keakraban kami agar tidak kekok semasa temuduga sebentar lagi.Ya, memang sedikit sebanyak berhasil usaha mereka dalam memupuk kerjasama di antara kami,

4. Selepas itu, kami dibawa ke tingkat paling atas di IKBN bagi proses temuduga. Terdapat 3 panel yang akan menilai setiap daripada kami melalui kumpulan yang telah dipecahkan.

5. Dalam temuduga, ianya berkonsepkan perbincangan dan pembentangan. Mereka akan memberikan tajuk-tajuk yang tertentu( selalunya isu negara ; lebih kepada cara-cara/kesan-kesan...) dan meminta kami membincangkannya dalam waktu yang diberi.Saya dan kumpulan telah mendapat isu sektor pertanian; tentang bagaimanakah untuk memantapkannya. Kemudian, kami dikehendaki membentangkan idea yang telah dibincangkan seorang demi seorang mengikut sesi( jika sesi bahasa inggeris, kami akan bentang dalam bahasa Inggeris dan sebaliknya)

6. Selepas membentangkan, saya ditanya beberapa soalan oleh panel dan saya jawab sahaja dengan penuh keyakinan. Ya, selepas pembentangan , mereka akan menanyakan soalan kepada pembentang.Ya, saya akui ketika membentang, pandangan mata anda perlulah memandang ke arah yang bertanya dan jawab dengan keyakinan (walaupun anda mungkin tidak pasti).

TIPS SEMASA SESI INTERVIEW JPA


1. Semasa berbincang dalam kumpulan, gunakan bahasa yang diarahkan oleh panel-panel,

2. Semasa berbincang juga, berikan pendapat dan idea sekiranya ada,berikannya dengan cara yang berhemah.Jangan anggap ahli kumpulan anda boleh membaca fikiran anda.Apabila ahli lain memberi idea, jangan menyampuk, biar dia habiskan ideanya dulu dan idea yang lain. Kemudian di akhir, kumpulkan idea dan nilaikan yang mana baik dan tidak. Dengan ini, setiap ahli akan berpuas hati dengan keputusan yang diambil.

3. Jangan berebut nak jadi ketua. Biarkan orang yang memilih, bukan anda yang memilih diri sendiri.Ingat, jadi ketua kumpulan tidak bermakna anda mendapat autoriti lebih daripada orang lain.

4. Saya tahu semua orang ingin membentangkan idea masing-masing, tapi saya nasihatkan jadilah juga pendengar yang baik.

5.Ketika membentang, pastikan postur badan anda tegak, kaki berdiri tegak, gunakan tangan anda dengan baik. Seeloknya kajilah bagaimana hendak melakukan presentasi yang baik ketika membentang seperti menonton Youtube dengan menaip, 'How to present in front ".

6. Pastikan 'eye contact' dengan panel, ianya sangat penting untuk memastikan kelancaran panel bagi menerima penyampaian kita.

7. Oh ya, pastikan penampilan kita kemas dan selesa buat diri kita. Ingat, 'First Impression' amatlah penting.

8. Yakinlah pada diri sendiri. Kaji topik-topik yang diperlukan sebelum sesi temuduga. Bagi saya, topik-topik itu macam sama seperti kita belajar dalam karangan Bahasa Melayu.Banyakkan senyuman.


Saya rasa setakat itu sahaja buat kali ini.Harap ia dapat membantu anda.
Jika ada pertanyaan, sudilah untuk bertanya, jika saya boleh jawab, insya-Allah saya jawab.

Sekian.

#cool
#Relax
#Malaysian


Ulasan