Psikologi Di INTEC; Pengalaman di INTEC (JPA-MARA)

Psikologi Di INTEC; Pengalaman di INTEC (JPA-MARA)

Selamat datang ke blog saya.




Ya, selepas SPM 2014, saya telah melanjutkan pelajaran saya di INTEC,Shah Alam dalam bidang psikologi melalui program American Degree Foundation Programme (ADFP) tajaan JPA-Mara.
Pada hari pertama, saya perlu mendaftar di kolej kediaman Cendana, Seksyen 6, Shah Alam. Saya telah mendapat bilik blok 1 tingkat 3 bersama 3 lagi rakan sebilik iaitu; Badri, Nasiruddin, Brandon dan Zakir. Mereka daripada Perak, Kuala Lumpur, dan Sarawak. Jangan risau, rakan-rakan disini semuanya mudah mesra dan ramah. Saya yang daripada Pulau Pinang, telah membawa pelbagai barang; tapi saya nasihatkan anda yang baru agar tidak membawa barang yang terlalu banyak terutamanya lelaki, biarlah sekadar mencukupi.Tapi tidak mengapa jika nak bawa banyak, nanti bila disana tengok balik mana perlu dan tidak perlu kerana setiap cuti semester anda perlu membawa pulang semua barang anda, tetapi bagi Sabah dan Sarawak, diberi kelonggaran untuk meninggalkan barang-barang.

Pada petang hari itu, kami diberi taklimat dan bermulalah minggu destini siswa kami (MDS). Oh ya, saya memasuki INTEC pada bulan Ramadhan. Kami diperkenalkan dengan para petugas, kawasan sekitar dan lain-lain.

Seterusnya, saya telah mendapat kelas yang telah diasingkan kepada bidang masing-masing seperti; kejuruteraan, sains, dan sains sosial. Saya telah mendapat kelas Queens dalam bidang sains sosial dan saya dalam jurusan psikologi. Masuk ke kelas baharu sangat mengujakan dan berkenalan dengan rakan-rakan baru yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Saya telah dipilih untuk menjadi ketua kelas yang dipanggil ‘class rep’. Kelas saya mengandungi 4 orang lelaki dan 16 perempuan. Berkenalan dengan pensyarah-pensyarah amatlah menyeronokkan kerana setiap daripda mereka mempunyai perwatakan yang tersendiri. Antara pensyarah saya ialah Miss D(Writing and Language), Miss Dinie(Oral Communication), Miss Zahraa(TOEFL), Miss Cassandra(American Culture),Miss Asma(SAT),Miss Hajar(Pre Calculus)  dan Ustaz Danial(Theology) . Subjek pada semester satu kebanyakkannya berfokus kepada bahasa Inggeris.

Buat pengetahuan anda setiap hari saya berulang alik dari kediaman ke INTEC dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak INTEC. Ya, anda boleh membawa kenderaan sendiri tetapi kereta tidak digalakkan.Oh ya, bagi program ADFP , laptop amat diperlukan tetapi jika anda tidak mampu, usah risau, di kediaman, terdapat komputer yang telah disediakan dengan internet Unifi yang laju. Tambahan lagi, di INTEC, terdapat banyak komputer telah disediakan di perpustakaan yang semestinya dengan internet yang sangat laju.


Ulasan

  1. Assalammualaikum,saya harap anda boleh kongsi lagi pengalaman belajar bidang psikologi sebab saya sangat berminat dlm bidang ni.Lagipun,tak banyak blog yang tulis tentang psikologi.Terima kasih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. WAALAIKUMUSSALAM SAUDARI FARRAH. TERIMA KASIH SEBAB SUDI MEMBACA. INSYA ALLAH , SAYA AKAN CUBA UPDATE PEMBELAJARAN SAYA DI INTEC DALAM BIDANG PSIKOLOGI.

      DAN MAAF SEBAB LEWAT MEMBALAS KOMEN SAUDARI.

      Padam

Catat Ulasan