APA YANG HENDAK DIBUAT SELEPAS SPM?
Selamat datang ke blog saya.
Saya juga pernah di tempat anda di mana selepas peperiksaan SPM, saya mula memikirkan tentang apa yang saya hendak lakukan tetapi kesilapan saya ialah saya hanya memikirkannya tanpa merancang dengan baik seperti menulis perancangan tersebut.Jadi, saya berharap post kali ini dapat membantu setiap calon lepasan SPM agar tidak terlepas mana-mana peluang semasa cuti yang panjang sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.
Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah:
1. Rancang perjalanan hidup anda. Buatlah perancangan mengenai hala tuju anda selepas SPM, tetapkan pilihan destinasi untuk menuntut ilmu.Paling penting sekali, dapatkan senarai biasiswa yang disediakan untuk anda selepas peperiksaan SPM.Berjumpalah dengan kaunselor sekolah anda bagi mendapatkan cadangan mengenai 'plan' anda selepas ini.Terus terang saya katakan,saya pun kerap berjumpa dengan kaunselor dan hasilnya saya alhamdulillah mendapat biasiswa JPA dan saya juga telah dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan saya yang membawa saya kepada karier saya.4. Bercuti ke tempat tempat menarik. Anda juga mungkin ingin menggunakan sebahagian cuti anda bagi bercuti bersama keluarga atau rakan taulan.(Jaga batas pergaulan)
5. Kenali karier anda. Anda mesti tertanya-tanya, selepas SPM, apakah jurusan yang aku nak ambil di IPT? Jadi , mulakan pencarian anda dengan mengenali potensi diri anda.Anda boleh berjumpa dengan kaunselor,'search' di internet, membuat ujian online untuk mengenali kelemahan dan kekuatan diri anda(cubalah cari di internet 'ujian karier', atau apa-apa sahaja,sebab dahulu saya selalu lakukan) dan pergilah ke ekspo ekspo pendidikan yang diadakan. Apabila anda sudah mengenali diri anda, jadi ia akan banyak membantu anda apabila permohonan ke IPT dibuka kerana anda telah mengetahui jurusan apa yang anda inginkan.
Saya rasa setakat itu sahaja buat 'post' kali ini. Harap dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam mengisi masa terluang anda seusai sahaja SPM melabuhkan tirainya. Yang penting,'plan, if you don't plan,you plan to fail. Hargailah masa mudamu wahai anak muda sekalian.
Sekian.
#Malaysia
#Relax
Ulasan
Catat Ulasan