TIPS TEMUDUGA TECHNICIAN KILANG DI MALAYSIA - UNTUK LULUSAN DIPLOMA

Tips Interview Kilang sebagai Technician 

Hi, bertemu lagi kita disini. Harini saya ingin berkongsi 7 tips interview untuk jawatan technician atau juruteknik di Malaysia.



Untuk pengetahuan anda, saya telah berkhidmat sebagai seorang Recruiter selama 5 tahun di 2 buah syarikat. Saya akan berkongsi dengan anda semua 7 tips berdasarkan pengalaman saya selama bekerja di bidang ini.

7 Tips Temuduga Technician:

1. Dokumen Lengkap

Penyediaan dokumen yang lengkap adalah kunci pertama untuk membuka ruang pekerjaan kerana ianya adalah asas dalam dunia pekerjaan. Tanpa dokumen yang diperlukan, maka susahlah di pihak pentadbiran. Antara dokumen wajib ada adalah seperti:
  • IC 
  • SPM 
  • Surat Sah Tamat Belajar (Jika belum menerima diploma)
  • Sijil Diploma
  • Transkrip Akademik
  • Resume Terkini

2. Tackle Soalan Pertama : Introduce Yourself dalam Bahasa Inggeris

Soalan biasa temuduga adalah soalan untuk menyuruh kita memperkenalkan diri kita. Disini amatlah penting untuk awak bersedia lebih awal untuk menjawab soalan ini dan disyorkan menjawabnya dalam Bahasa Inggeris. 

Mulakan dengan:
1. Kenalkan nama
2. Berterima kasih kerana sudi interview kita
3. Jika anda fresh graduate, ceritakan sedikit sejarah profesional anda dalam kehidupan kampus atau kehidupan dalam organisasi untuk menunjukkan awak aktif. 
Jika anda seorang yang berpengalaman bekerja, ceritakan sejarah ringkas kerja anda sekarang, projek-projek yang anda sedang pegang dan apa apa sahaja yang dirasakan relevan dengan kerja yang anda sedang ditemuduga.
4. Hubungkan cerita tadi dengan skills yang anda dapat dan boleh dikaitkan dengan kerja yang anda ditemuduga
5. Akhirinya dengan menceritakan anda berminat dengan kerja anda minta kerana ianya minat anda dalam jangka masa panjang.

Praktis sebelum hadiri interview untuk pastikan anda tidak gugup dengan soalan pertama ini. Ianya kunci untuk ketenangan anda sebelum anda ke soalan soalan seterusnya.

3. Gunakan Bahasa Inggeris walaupun Broken English

Cuba dan yakin dengan diri untuk berbual dan menjawab segala soalan dalam Bahasa Inggeris. Hal ini kerana kebanyakkan syarikat mempunyai arahan dalam bahasa Inggeris. Apabila anda menunjukkan anda memahami soalan dan cuba menjawab dalam BI, maka itu satu markah extra untuk anda.

Walaupun broken, anda bedal sajalah. Kalau dah tak ingat sangat apa perkataan itu, baru masukkan bahasa Melayu sikit. Interviewer pasti faham. Yang penting, cuba, jangan malu-malu.

4. Soalan normal Kilang perlu dijawab dengan yakin.

Pastikan soalan soalan di bawah ini dijawab dengan betul sebab persekitaran kerja sebagai technician memang memerlukan anda bekerja dalam shift, berdiri lama, dan lain-lain. 

a) Boleh bekerja shif 12 jam siang malam? - Ok boleh
b) Boleh overtime? - Ok, Boleh

Selain itu, katakan juga diri anda adalah seorang yang menepati masa, berdisiplin dan ikut peraturan syarikat.

5. Gunakan STAR dalam menjawab soalan lain

S= Situation
T= Task
A= Action
R=Result

Apa sahaja soalan yang diberikan, anda boleh guna formula STAR untuk menjawabnya. Kuncinya adalah anda perlu menyediakan beberapa situasi yang pernah anda alami sebelum sebelum ini dan bagaimana anda atasi cabaran itu. Pastikan cerita itu boleh menunjukkan nilai-nilai yang dikehendaki pihak penemuduga. 

Gunakan dengan memberikan situasi yang dihadapi, kemudian apa tugasan anda, dan apa tindakan anda terhadap masalah itu. Akhir sekali, apa keputusan akhir yang anda dapat. 

6. Pastikan Resume Up to Date

Jangan biarkan resume tidak update. Apa sahaja pekerjaan baru perlu dinyatakan. Jika tidak, nampak anda tidak bersungguh sungguh.

7. Kuasai peranan anda di masa lalu

Sekiranya anda pernah bekerja di syarikat lain, pastikan anda memahami kerja yang anda lakukan. Kerana interviewer akan tanya detail apa yang anda lakukan, kenapa, dan lain lain.

Sekiranya anda fresh graduate, pastikan anda faham subjek subjek teknikal yang pernah dipelajari. Pastikan boleh terangkan berkenaan FYP. 


Harap perkongsian saya kali ini dapat membantu anda diluar sana untuk mendapatkan kerja pertama anda atau kerja seterusnya. Sekian, terima kasih sudi baca dan sokong saya. Follow saya di sosial media:

Tiktok/IG: Syafiqcat
Facebook: Syafiq Shah Production


Untuk video Youtube penuh, anda boleh klik link di bawah:


Link Tiktok:




Ulasan