Keadaan Hidup di Kediaman Cendana,Shah Alam

Keadaan Hidup di Kediaman Cendana,Shah Alam
Bidang psikologi di INTEC,Shah Alam.

Hi. Assalamualaikum bloggers yang saya hormati.


Saya rasa anda semua yang mungkin tercari cari bagaimanakah hidup di cendana ini,bukan?
Baiklah, biar saya ceritakan keadaan hidup di sini berdasarkan pengalaman saya tinggal di sini sebagai 
pelajar American Degree Foundation Programme (ADFP) dalam bidang psikologi. Saya akan ceritakan keadaan bilik,
kawasan keseluruhan, siapa yang tinggal di sini,apa yang ada di kawasan sekeliling dan perkhidmatan awam.

Pertama sekali, kediaman cendana ini adalah tempat yang dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja manakala INTEC turut menyediakan
lagi 2 buah kediaman yang bernama Akasia dan Cemara. Akasia adalah khas untuk pelajar perempuan dan cemara 
mempunyai penghuni lelaki dan perempuan.Kediaman Cendana ini terletak di Seksyen 6; kalau nak senang , kalau anda 
sampai dekat Masjid Salahuddin (yang besar tu), maksudnya dah dekat la tu.Jarak di antara Kediaman Cendana dengan 
INTEC memang jauh berbanding Akasia dan Cemara dan perjalanan hampir mengambil 15 minit.Selain itu, keadaan bilik
disini memang selesa, seorang akan mendapat satu katil bujang,loker,rak, dan meja belajar.Satu bilik mempunyai 5 orang penghuni;
satu bilik kecil di dalam 3 orang, satu lagi 2 orang.Kipas juga ada dalam setiap bilik.Selama saya tinggal disini 
memang saya berpuas hati dengan keadaan disini. Untuk melaporkan sebarang aduan, amatlah mudah
kerana di tingkat bawah berhadapan dengan pintu masuk,terdapat pejabat kediaman yang dikendalikan staf yang amat 
berdedikasi.

Kedua,kawasan kediaman ini berjiran dengan polis, dan residen flat jalan rajawali. Kawasan di sini amat cantik dengan pokok pokok yang teguh berdiri.
Terdapat Petronas, beberapa buah kedai runcit, satu kedai mamak(Ali Bistro),beberapa buah kedai makan melayu.
Walaupun tidak terdapat variasi kedai disini, tetapi bagi saya, ia dapat membantu anda untuk berjimat cermat.
Tapi, cukuplah untuk hidup di sini. ATM ada di petronas. 

Di hadapan kediaman cendana, ada tempat beriadah dan kalau nak berjoging di tempat yang ok sikit,
kena jalan ke jalan besar melintasi petronas(di seberang jalan besar ada tasik tempat joging). Setiap petang, kalau
tidak ingin keluar, anda bolehlah bermain dengan rakan-rakan di glnggang futsal dan basketball yang ada didalam kediaman.
Jika tidak mahu juga,jangan risau, kediaman cendan menyediakan gym untuk anda bersenam.Di dalam gym, terdapat 
tempat yang lari tu, berbasikal elektronik, dumbbell, dan macam macam lagi. Everything is free. Masuk je and join yang lain.


Kediaman ini juga mempunyai surau tapi ianya tidaklah sebesar mana, tetapi jika ingin ke surau belakang kediaman pun boleh.
Berdekatan dengan petronas , ada tempat menunggu bas rapid yang anda boleh gunakan untuk berjalan-jalan d hujung minggu.
Jika anda tidak tahu macam mana nak ke sesuatu destinasi,jangan segan untuk bertanya dengan pakcik bas tersebut.

Yang tinggal disini adalah pelajar pelbagai program seperti ADFP, Accounting, A Level dan lain lain.Yang in charge 
dalam kediaman dalam kalangan pelajar ialah kelab JPKC(Jawatankuasa Perwakilan Kolej Pelajar).

Di sini juga ada bilik tv dilengkapi astro dan yang paling best astro sport disediakan. Ada juga bilik study yang dilengkapi 
dengan aircond dan surau juga dilengkapi dengan aircond.

Saya rasa itu sahaja yang saya nak tulis hari ini.
Kalau ada sebarang komen atau soalan, silalah bertanya.

Boleh follow saya di instagram @thatssyafiq untuk lihat gambar gambar kolej cendana dan lain-lain.
Sekian, terima kasih bloggers semua !

Ulasan