APA ITU ADFP dan TOEFL dan SAT?

APA ITU ADFP?

ADFP atau American Degree Foundation Programme ialah satu program asasi untuk pelajar yang ingin menyambung pelajaran di United States of America (U.S.). Pengalaman saya mengambil ADFP ini adalah semasa saya menuntut di International Education College (INTEC) di Shah Alam dalam bidang Psikologi. Program ini adalah dalam tempoh 2 tahun persediaan di Malaysia. Jika anda mendapat keputusan yang gempak, sudah pasti anda dapat terbang ke U.S dengan hanya menuntut di Malaysia hanya selama setahun. Saya adalah pelajar di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan untuk melepasi keperluan untuk ‘fly’ pada tahun yang pertama, saya perlu mendapat pointer (PNG) 3.5 ke atas dan melepasi markah ujian TOEFL dan SAT yang sememangnya menjadi keutamaan untuk pelajar yang ingin ‘fly’ ke luar negara terutamanya U.S. Jika anda ingin ‘fly’ ke Bahagian Eropah pula, anda perlu ambil ujian bernama IELTS. Itulah perbezaan bagi yang ingin ke U.S dan Eropah.

Pengalaman saya di INTEC adalah ramai orang kata ADFP ini adalah ‘ALL DAY FUN AND PLAY’. Saya tak dapat nafikan memang seronok program ini tapi saya tak dapat nafikan program ini akan dapat membuatkan anda menggunakan masa anda semaksimumnya dan anda akan dapat menghargai masa dengan lebih baik. Sebab program ini memang sibuk. Walaupun sibuk, ADFP adalah program yang sangat menarik kerana anda dapat belajar Speech, banyak buat video, dapat tukar kelas banyak kali, kenal ramai orang. Ni saya tulis berdasarkan pengalaman saya di INTEC, Shah Alam. Memang Best. Saya ambil jurusan PSYCHOLOGY, jadi 1 tahun = 3 semester (sem). Untuk sem 1, saya ambil subjek  precalculus, theology, writing and language, SAT, TOEFL, Oral Communication, dan American Culture (ni untuk bidang sains sosial je tau, budak2 engineering, sains ambil lain sikit). Untuk sem 2, saya ambil Accounting,Advanced Composition, Speech Communication, Sociology, Psychology, Pengajian Islam, dan Critical Thinking. Memang menarik. 

Jadi, apa itu TOEFL dan SAT?
TOEFL adalah ujian berasaskan komputer yang menguji kemahiran menulis, mendengar, membaca soalan-soalan dalam bahasa Inggeris. Ujian ini mempunyai masa yang telah ditetapkan untuk setiap seksyen. Pada waktu saya mengambil ujian ini, tempat yang saya dapat ialah di Boulevard, MidValley, Kuala Lumpur. Boulevard ini sangat berdekatan dengan StarBucks dekat sangat dengan MidValley. Jadi, boleh je datang naik keretapi kemudian turun di MidValley . Kemudian, cari di luar MidValley sebab tempat tu bukan kat dalam MidValley.
SAT ialah ujian bertulis menguji Bahasa Inggeris jugalah.

Ada soalan?


Boleh Tanya saya di Twitter: @syafiqcat

Ulasan