Pengalaman di
Semester 2, ADFP (SPRING) di INTEC Education College dalam major Psychology
Semester 2
dipanggil Spring Semester. Kali ini, aku dapat masuk kelas yang bernama Omaha,
sebelum ini aku kelas Queens. Memang biasala semua kena tukar kelas bila
semester baru bermula. Kelas aku ada 2 orang sahaja lelaki, aku dengan seorang
lagi nama dia, Faris. Lagi 18 orang, semuanya perempuan. Memang aku pertama
kali pun aku terkejut juga, tapi lama-lama biasa. Biasalah, kebanyakan lelaki
ambil Engineering, Sains tapi tidak ramai untuk psikologi. Tapi, itu bukan
persoalannya tetapi yang penting adalah minat anda terhadap apa. Anda minat
psikologi? Teruskan walau orang tak berapa setuju dengan anda tapi kalau anda
betul-betul minat je la. Semester ini seronok sebab aku ambil subjek Psychology,
Sociology, Critical Thinking, Pengajian Islam, Speech Communication dan
Accounting.
Banyak presentations, buat video, buat speech, buat group discussion. Memang seronok. Semester ini juga kelas aku menang tempat pertama dalam exhibition Sociology. Kami buat pasal Deviance, pasal salah anggap atau sangka buruk terhadap banduan penjara. Tapi, semester ini adalah paling sibuk daripada semester lepas. Masa digunakan sehabis habisnya untuk assignments, presentations dan lain-lain. Tapi memang best sebab kau tiada masa nak buat benda yang tidak berfaedah. Benda yang aku paling ingat semester ini adalah aku dapat gred kurang baik dalam psikologi.
Psikologi ini macam subjek Biologi. Maksud aku dari cara nak belajarnya iaitu kita mesti faham, dan hafal term-term dia. Subjek ini bukanlah susah tetapi banyak term-term baru yang kita perlu tahu dan hafal. Memang seronok bila kau tahu apa yang berlaku sewaktu kau tidur dan lain-lain yang berkaitan dengan manusia. Aku dah mula risau. Tapi sejak keputusan midsem tu keluar, aku jadi lebih rajin, komited dan bersungguh-sungguh dalam study aku. Itulah hikmah daripada Allah. Formulanya senang sahaja , jaga hubungan kita dengan Allah dan jaga hubungan kita dengan manusia. Kemudian, plan bersungguh-sungguh cara kau nak dapatkan sesuatu itu kemudian selepas berusaha, selebihnya serahkan kepada Allah. Dah dapat keputusan, redha dan usaha lagi ke arah yang lebih mantap.

Artikel ini aku
tulis pada 24 April 2016.
Masa ini aku tengah
cuti SPRING.
Ulasan
Catat Ulasan