KEHIDUPAN SEBAGAI PELAJAR PSYCHOLOGY AMERICAN DEGREE TRANSFER PROGRAMME (ACTP) STUDENT DI INTERNATIONAL EDUCATION COLLEGE (INTEC) SHAH ALAM, MALAYSIA.
Hi! Assalamualaikum dan salam 1
Malaysia. Nama saya Syafiq dan saya bercadang untuk menyambung pelajaran saya
dalam bidang psikologi.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kehidupan saya di INTEC sebagai pelajar ACTP pada tahun kedua saya di sini. Setelah 1 tahun berada dalam program American Degree Foundation Programme (ADFP), saya meneruskan lagi perjalanan saya untuk ke Amerika Syarikat, insyaAllah 2017 nanti. Untuk pengetahuan pembaca, ADFP ialah program asasi sebelum ke USA dan ACTP merupakan sambungan sekiranya anda ingin terbang ke sana pada tahun kedua anda di INTEC. Jadi, selepas setahun di sini, saya berasa sangat gembira dan seronok sepanjang mengikuti program ini kerana ianya sangat komprehensif, seronok dan stabil. Oleh kerana sasaran kita adalah USA, maka sistem pendidikan dalam program ini amatlah berbeza dengan apa yang kita telah belajar selama ini kerana sebelum ini kita diterapkan dengan sistem British di sekolah rendah dan menengah. Jadi sistem di sini boleh dikatakan menyeluruh dalam segi pendidikan dan sukan.

ACTP, sebuah lagi tahun lanjutan
saya. Saya telah berjaya memperolehi CGPA 3.40 pada tahun akhir saya di ADFP
dan CGPA itu akan diteruskan lagi sepanjang ACTP di sini. ACTP adalah tidak
begitu sibuk dan kita mempunyai banyak masa lapang sebenarnya. Cumanya, kerja
ataupun tugasan-tugasan adalah lebih tinggi sedikit peringkatnya bersamaanlah
dengan jumlahnya. ACTP ini banyak mengajar saya untuk membahagikan masa saya
sebaik-baiknya bagi menstabilkan masa untuk saya, kawan-kawan dan
tugasan-tugasan. Selain itu, tahun ini kelas saya ialah Ohio dan jumlah ahli kelas
saya ialah seramai 14 orang sahaja. Sebenarnya, untuk makluman pembaca, jumlah
ahli untuk setiap kelas sebenarnya bergantung pada jumlah pelajar dalam setiap
tahun kemasukan tersebut. Jika ramai, ramailah dan jika sikit, maka sikitlah.
Pada semester pertama saya disini, saya mengambil subjek Sociology, Technical
Writing, Finite Mathematics, Legal Issues, Biology dan juga Economics. Memang
seronok! Setiap semester akan belajar subjek baru. ACTP ini ialah program
dimana subjek yang kita belajar ini akan dapat dipindahkan kreditnya di
universiti di USA nanti. Oleh itu, kita perlulah sedaya upaya untuk mendapatkan
gred yang baik. Lagi satu, gred di INTEC ini adalah standard USA. Jadi, pada
mulanya saya pun terkejut melihat grednya. Untuk mendapat A sahaja, perlu
mencapai 90 ke atas. Apa lagi A +. Memang tinggi. Tapi bagus juga sebab nanti
apabila kita sudah ke USA nanti, kita tidaklah terkejut sangat dengannya.
Kalau anda semua ingin tahu
bagaimana kehidupan ADFP/ACTP di INTEC, anda bolehlah ke laman web ini, .
Jika nak follow saya di twitter, cari saya dengan @syafiqcat. Harap
dapat sedikit sebanyak membantu. Terima kasih.
Syafiq, cerita laa pengalaman dekat US pulak...
BalasPadamTerima kasih!! InsyaAllah I will! I already post one about my first flight to America.
Padam