Perasaan berada di USA sebagai pelajar Malaysia

Hi,



Hari ini aku tergerak untuk meluahkan isi hati aku mengenai perasaan apabila berada di luar negara atau perasaan belajar di 'overseas'. Aku sekarang merupakan pelajar di Michigan State University, jurusan psikologi dan hadirnya aku disini adalah bersama sama 62 orang pelajar Malaysia yang lain. Jadi, jom dengar isi hati aku. Dulu semasa di Malaysia, aku selalu menunggu hari untuk fly tiba. Kerap kali aku merasakan "Ya Allah, bosannya .. bilalah aku boleh fly ni...???" Tapi, baru 7 hari di sini(Michigan), aku sudah merasakan kerinduanku kepada Malaysia.

Kenapa? Well, of course sebab aku bukan dalam zon selesa lagi. Di Michigan ini, aku perlu memikirkan segalanya; dari aspek makan, minum, basuh baju, lipat kain, duit, kerja dan lain-lain. Dari aspek makanan, aku dan kawan-kawan dah mula belajar memasak, ye la, kalau tak masak, siapa yang diharapkan. Di Malaysia, bolehlah sebab ada mak, adik-beradik kan, tapi disini, aku tak masak, aku kebuluran lah jawabnya. Makanan halal itu memang ada, tapi agak ralat sedikit untuk mendapatkannya kerana aku perlu menempah. Kalau di Malaysia, di mana mana , tak perlu risaukan... Aku rindu Malaysia.

Selain itu, di sini juga aku perlu memikirkan tentang kewangan. Buku buku dekat sini bukannya murah, jadi memang pengurusan kewangan kena bagus. Aku perlu fikir duit sewa, duit buku, duit makanan, duit pakaian musim sejuk nanti (maklumlah Michigan ini sejuk walaupun panas dan memang akan sejuk giler bila musim winter nanti).

Di samping itu, dari aspek pergi ke kelas, hari hari aku perlu naik bas. Bas memang akan padatlah sebab kawasan Michigan ini memang kawasan pelajar pun. Keluasan universiti ini juga memang besar. Jarak kelas boleh jadi dekat , boleh jadi jauh. Ikutlah kau ambil kelas apa semester ini.


Seterusnya, aku juga tengah struggle untuk berkomunikasi dengan local dekat sini. Bagi aku, ini memang suatu cabaran sebab aku masih mempunyai perasaan takut untuk mendekati mereka dan memulakan perbualan. Tapi, aku rasa, by time, aku akan ok, doakanlah aku ye.. hehe...


Baru sahaja 7 hari di sini, aku sudah merasakan rindu sangat dengan Malaysia. Aku rindu keluarga, makanan, semualah mengenai Malaysia! Tapi, takpe, aku akan cuba cekalkan diri aku demi agama, bangsa dan negara, insyaAllah.


Kalau ada apa-apa nak bertanya, silalah ye.. Follow saya di instagram @syafiqcat

Sekian sahaja bingkisan buat kali ini.
Terima kasih.

Ulasan