APA ITU ADFP?
ADFP atau
American Degree Foundation Programme ialah satu program asasi untuk pelajar
yang ingin menyambung pelajaran di United States of America (U.S.). Pengalaman
saya mengambil ADFP ini adalah semasa saya menuntut di International Education
College (INTEC) di Shah Alam dalam bidang Psikologi. Program ini adalah dalam
tempoh 2 tahun persediaan di Malaysia. Jika anda mendapat keputusan yang
gempak, sudah pasti anda dapat terbang ke U.S dengan hanya menuntut di Malaysia
hanya selama setahun. Saya adalah pelajar di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) dan untuk melepasi keperluan untuk ‘fly’ pada tahun yang pertama,
saya perlu mendapat pointer (PNG) 3.5 ke atas dan melepasi markah ujian TOEFL
dan SAT yang sememangnya menjadi keutamaan untuk pelajar yang ingin ‘fly’ ke
luar negara terutamanya U.S. Jika anda ingin ‘fly’ ke Bahagian Eropah pula,
anda perlu ambil ujian bernama IELTS. Itulah perbezaan bagi yang ingin ke U.S
dan Eropah.
Pengalaman saya
di INTEC adalah ramai orang kata ADFP ini adalah ‘ALL DAY FUN AND PLAY’. Saya
tak dapat nafikan memang seronok program ini tapi saya tak dapat nafikan
program ini akan dapat membuatkan anda menggunakan masa anda semaksimumnya dan
anda akan dapat menghargai masa dengan lebih baik. Sebab program ini memang
sibuk. Walaupun sibuk, ADFP adalah program yang sangat menarik kerana anda
dapat belajar Speech, banyak buat video, dapat tukar kelas banyak kali, kenal
ramai orang. Ni saya tulis berdasarkan pengalaman saya di INTEC, Shah Alam.
Memang Best. Saya ambil jurusan PSYCHOLOGY, jadi 1 tahun = 3 semester (sem).
Untuk sem 1, saya ambil subjek precalculus, theology, writing and language,
SAT, TOEFL, Oral Communication, dan American Culture (ni untuk bidang sains
sosial je tau, budak2 engineering, sains ambil lain sikit). Untuk sem 2, saya
ambil Accounting,Advanced Composition, Speech Communication, Sociology, Psychology,
Pengajian Islam, dan Critical Thinking. Memang menarik.
Ulasan
Catat Ulasan