Pengalaman belajar di Amerika Syarikat (USA) dalam bidang psikologi: Pengembaraan pertamaku terbang ke negara paling jauh daripada Malaysia.


Hi pembaca semua! Hari ini saya akan menceritakan pengalaman pertama kali saya terbang untuk melanjutkan pelajaran di US sebagai seorang pelajar jurusan psikologi di bawah tajaan JPA. Untuk pengetahuan pembaca, saya dan kawan-kawan akan ke Michigan State University, USA. 


Pada 17 Ogos 2017, inilah hari yang aku tunggu tunggu semenjak habis pengajian di Kolej International Education College (INTEC), Shah Alam. Hari ini merupakan hari di mana aku dan kawan-kawanku akan terbang ke United States of America (USA). Sebelum hari ini tiba, aku dan keluargaku sibuk menyiapkan barang barang untuk ke sana. Macam macam nak dibawa. Baju, rempah ratus, kicap, perencah nasi goreng hahaha macam macamlah senang cerita. Bukan apa, risau sebab ni first time nak ke tempat yang sangatlah jauh daripada keluarga. 

Jadi, aku bertolak daripada Pulau Pinang menuju ke KLIA di awal pagi kerana jadual penerbanganku adalah pada pukul 9.00 malam.  Sepanjang perjalanan ke KLIA, hati aku sebenarnya seronok tetapi ada juga sekelumit rasa gusar dan sebak kerana tidak pernah aku sangka perancangan Allah buat aku adalah meletakkan aku di USA. Aku tidak pernah sangka aku mampu pergi sejauh ini dalam hidup aku. Alhamdulillah. 


Pelajar pelajar Malaysia tajaan JPA berkumpul sebelum bertolak ke USA. Aku ada di hujung belah kiri hehe.


Kami tiba di Sepang pada pukul 4 petang dan kami singgah sebentar di shopping mall bagi menghabiskan masa. Ibu aku menghadiahkan aku seutas jam di situ. Dalam pukul 5, kami pergi ke KLIA kerana pelajar-pelajar dikehendaki berkumpul di kaunter untuk mengambil insurans daripada pihak JPA. Ketika itu, ramai aku lihat rakan-rakanku yang memakai baju berkot serta kasut hitam seperti aku. Kelihatan ahli ahli keluarga membanjiri airport KLIA ini bersama anak-anak mereka. Kebanyakkan mereka menghabiskan masa bersama-sama keluarga sepuas puasnya. 

Jadi, setelah lama menunggu, masa yang ditunggu sudah tiba di mana aku perlu pergi bersama-sama kawan-kawan aku yang lain untuk menuju ke Amerika, negara yang sedang diperintah oleh Presiden Trump. Jadi, sebelum pergi, semua pelajar dikehendaki berkumpul di atas pentas berdekatan KFC untuk bacaan ikrar dan doa. Aku berdiri bersama yang lain melihat para ibu bapa melihat pada anak mereka masing-masing. Cahaya kamera tidak habis habis menembusi mata kami kerana terlalu ramai yang hadir mengambil gambar kami. Rasa seperti artis pun ada hehehe. Jauh di sudut hati, aku tiba-tiba berasa berat untuk pergi padahal inilah hari yang aku tunggu tunggu sepanjang cuti selepas kolej. 


Sebelum turun ke bahagian imigresen international di tingkat bawah, aku menyalami ibu dan dia terus memeluk aku. Aku rasa sebak tapi aku control macho sebab aku tak suka menunjukkan perasaan aku kepada dia. Aku berlagak tenang. Kemudian, aku menyalami ayah, adik adik aku, keluarga makcik dan tok aku. Selepas memohon restu mereka, aku melangkahkan kaki aku menuruni escalator sambil melihat sekeliling. Ibu bapa mengerumuni tempat tersebut sambil melambai-lambai ke arah semua pelajar. Aku mencari keluarga aku dan melambai pada mereka.  
Tiba di Narita, Jepun sebelum meneruskan perjalanan ke Airport Detroit.
Dapat duduk sebelah Malaysians. Alhamdulillah senang sikit.

Perjalanan baharu bermula. Aku bersama 60 pelajar yang lain menunggu ketibaan flight kami yang akan tiba pada pukul 12 tgh malam. Kami akan bergerak secara berkumpulan dan akan transit di Jepun dan Detroit sebelum sampai ke Michigan. Aku bersyukur kerana dapat duduk bersama pelajar Malaysia di sebelah aku di dalam kapal terbang. Bukan apa, mudah nak bertanya apa-apa mengenai solat dan urusan. Yang aku tak berapa minat ialah aku asyik mengalami perut memulas sepanjang di atas penerbangan. Nervous mungkin ahahhaha. Tapi aku still enjoy. Penerbangan ke Narita, Jepun mengambil masa 6 jam. Lapangan terbang Jepun sangat menarik kerana ia mesra muslim sebab ia menyediakan surau untuk orang Islam bersolat. Lama juga kami tunggu di Narita. Tetapi penerbangan ke Detroit, US adalah satu paling lama iaitu 13 jam. Ya Allah, letih itu jangan dibayangkan sebab memang letih. Sampai di Detroit, semua pelajar lemau dan kurang bertenaga. Di tambah dengan kami perlu menunggu lebih lama untuk flight ke destinasi akhir, Michigan. Memang letih. Lapangan terbang di Detroit best sebab ada juga surau atau dipanggil ‘reflection room’ untuk sesiapa yang memerlukan ruang solat.  
Gambar keletihan di Airport Detroit, USA menunggu kapal terbang lewat untuk ke East Lansing.

Kami tiba di East Lansing, Michigan memang lewat daripada perancangan sebab flight delay. Setibanya di sana, para pelajar senior menyambut ketibaan kami yang ramai ini. Kelihatan banner, ‘Welcome International Students’ di pintu ketibaan. Alhamdulillah, setelah hampir sehari penerbangan, sampai jua di East Lansing. Kami dibawa ke rumah senior untuk makan nasi ayam. Setelah bersembang, masing masing dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk tidur di rumah senior dahulu sebelum pindah ke kediaman masing masing pada tarikh yang ditetapkan iaitu seminggu lagi. Jadi sepanjang seminggu itu, kami menumpanglah di rumah senior. Senior bawa kami beli barang barang. Memang rasa lain lah bila pertama kali datang US. Drive belah kiri, pasar raya lain, cara cakap lain, senang cerita semua lain. Hahaha. Tapi still , aku enjoy. Jadi itulah pengalaman aku pertama kali terbang ke US ni dengan kawan-kawan yang lain. Memang best. Selepas seminggu, baru kami kena daftar orientasi di universiti. Orientasi macam biasalah kan macam asrama, nak bagi kita biasakan diri. 
Gambar senior senior datang menyambut kehadiran kami di East Lansing pada pukul 12 tengah malam. Thanks sangat2 kepada senior2 yang sangat baik hati!
Di hadapan library Michigan State University.
Beratur untuk buat akaun bank Michigan State University MSUFCU


Ok, nanti saya cerita lagi macam mana belajar sebagai student Malaysian yang ambil bidang psikologi di sini, ok! Apa apa soalan atau perkembangan diri, boleh follow instagram saya dan twitter saya iaitu @syafiqcat. Sekarang saya dah habis setahun di sana, tinggal lagi 2 tahun lagi. InsyaAllah, doa kan yang terbaik untuk saya. Silalah share,komen jika anda rasa post ni bagus untuk dikongsi. Terima kasih!!


Syafiqcat
Pelajar Jurusan Psikologi
Degree (B.A)

Michigan State University, America

Ulasan

  1. Abg bawah tajaan jpa eh? berapa elaun sebulan. agak2 cukup x atau kena buat part time?

    BalasPadam
  2. I was at Spartan twice

    BalasPadam

Catat Ulasan