Sebab Anda Perlu Bangun Di Awal Pagi



‘Kenapa aku kena bangun awal? Susahlah..Jangan risau, ada penyelesaiannya..’

Hi semua!

Hari ini saya akan berkongsi tentang hikmah berpagi pagian berdasarkan rancangan Tanyalah Ustaz TV9 yang saya tonton pada hari ini yang disampaikan oleh Ustaz Dr Dusuki dihoskan oleh Da’I Hilman.

Mengapa perlu bangun di awal pagi?
Pagi disinonimkan dengan semangat atau spirit. Bangun di awal pagi akan membantu memberikan anda semangat untuk menjalankan kehidupan seharian.
Jika kita lihat pada alam, burung selalu bangun awal dan keluar di awal pagi bagi mencari rezeki dan akan pulang di lewat petang ke sarangnya. Apa yang kita boleh belajar daripada ciptaan Allah yang terbang di udara ini? Anda fikir fikirkannya.

Susah nak bangun awal.. Macam mana ye?
1.   Jika kita lihat, semasa Ramadhan yang lepas, kebanyakkan kita mudah untuk bangun di awal pagi. Mestilah sebab kita ada tujuan iaitu untuk sahur di awal pagi itu. Oleh itu, perkara pertama yang paling penting untuk membantu anda bangun di awal pagi ialah dengan niat atau mempunyai tujuan mengapa anda ingin bangun awal. Tuliskan apa yang anda nak lakukan pada awal pagi. Sebab apa. Sebab kalau anda tiada aktiviti atau tujuan untuk bangun pagi, memang akan susahlah untuk bangun sebab anda rasa ianya sia-sia. Sedangkan macam macam boleh dilakukan di awal pagi.

2.   Cara kedua ialah dengan tidur sebentar di waktu tengah hari atau istilah yang dipanggil Qailulah dalam Islam. Cukup sekadar 15 minit tidur di waktu tengah hari dapat membantu anda dalam bangun awal.

Apa yang Rasulullah buat di awal pagi?
1.       Sunnah nabi bila kita celik celik atau buka mata selepas tidur adalah dengan mengucapkan alhamdulillah kepada Allah kerana memberi kita untuk hidup lagi.
2.       Rasulullah buat qiamullail. Ianya sunat dilakukan.
3.       Jangan tinggal solat sunat sebelum Subuh. Sebab Rasulullah ada menekankan kepentingannya.
4.       Solat Subuh secara berjemaah.

Soalan Netizen: Tapi saya kerja ikut syif, kadang saya kerja malam. Macam mana rezeki saya?


Tidak ada masalah. Sekali sekala kita kerja malam tidak mengapalah kerana rezeki kita pada waktu malam. Tapi, jika di hari yang kita tidak bekerja, bolehlah kita berpagi pagian kerana sebaik baiknya malam adalah masa untuk kita tidur atau berehat.

Ok, itu sahaja untuk kali ini! Semoga kita menjadi orang yang hebat dengan bangun awal setiap hari! Terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya!

Ulasan

Catat Ulasan