Hi!
Pertama sekali terima kasih sebab sudi datang ke blog saya. Saya sangat
menghargai masa anda semua
Jadi, harini saya ingin berkongsi tentang pendapat saya
mengenai buku terkenal dan hangat sehingga kini iaitu buku 'How to Win Friends &
Influence People' yang ditulis oleh Dale Carnegie. Saya sejujurnya memberikan 5
bintang kepada buku ini kerana ianya sangat komprehensif dari segi huraian dan
bukti dalam menyampaikan isi-isi penting. Setiap cara untuk mempengaruhi
manusia ditulis berdasarkan kajian yang banyak yang dibuat oleh Dale Carnegie
menerusi orang-orang ternama dan juga orang
biasa. Setiap cara yang diberikan sangat berguna dalam pelbagai aspek
termasuklah keluarga, masyarakat dan juga perniagaan. Saya sangat kagum membaca
buku ini kerana ianya sangat bermanfaat bagi generasi pada tahun 2019. Mengapa?
Kerana pada pendapat saya, generasi 2019 atau secara spesifik, generasi
millenial, sudah hampir luput untuk mengetahui cara yang betul untuk
berkomunikasi dengan orang lain secara berdepan. Hal ini kerana generasi saya
terlalu banyak meluangkan masa dalam media sosial daripada keluar bertemu
manusia lain. Hal ini menyebabkan generasi hari ini sedikit sebanyak sudah lupa
bagaimana untuk meluaskan pola persahabatan ataupun 'soft-skills' dalam
interaksi berdepan. Buku ini sangat membantu dalam memberikan tips bagaimana
cara untuk membuat kawan, menjadi ketua yang efektif, dan bagaimana cara
mengkritik dengan betul. Saya belajar banyak perkara yang menarik dan sangat
percaya kepada tips beliau oleh kerana bukti bukti yang kukuh diberikan oleh
penulis. Perkara yang paling saya suka adalah apabila penulis berkata kesemua
tips yang beliau berikan hanya akan berjaya jika kita ikhlas (sincere) dalam
interaksi tersebut. Hal ini membawa saya semula jauh ke belakang di mana
perkara pertama yang perlu kita ingat dan buat adalah dengan membetulkan niat
terlebih dahulu. Begitulah cara saya memandang sudut si penulis dalam idea
beliau mengenai sincerity ataupun keikhlasan. Saya amat seronok kerana bagi
saya agama saya iaitu Islam sudah pun mengajar saya sejak kecil lagi mengenai
niat. Cuma, si penulis adalah seorang yang berjaya melihat sudut keikhlasan
dalam spektrum tersendiri dimana saya juga melihatnya melalui kaca mata seorang
Muslim.
Pembaca yang saya
kasihi,
Sebenarnya, jauh di
dalam hati saya yang merah ini, saya amat percaya kebanyakan penemuan yang dari
sudut dalaman atau spiritual manusia yang dijumpai oleh pakar pakar dari Barat
boleh kita kaitkan dengan agama Islam. Hal ini kerana saya sudah menemui banyak
ilmu yang saya boleh jejak semula kepada apa yang Islam ajar. Sungguh ajaib!
Saya sangat terpegun! Buku ini boleh saya katakan 'Fantastic'. Buku ini boleh
membantu anda dengan izin Allah dalam
memperbaiki corak kehidupan dalam perbualan dengan sesiapa sahaja.
Itu sahaja daripada
saya untuk blog kali ini. Terima kasih!
Ulasan
Catat Ulasan