Pengalaman menjadi Pelajar Malaysia Psychology tahun 3 semester Spring 2019 di Amerika.


Hi dan Assalamualaikum semua!

Gambar bersama rakan-rakan seniors yang berjaya bergraduasi pada May 5, 2019


Setelah sekian lama tidak menulis, kini saya kembali. Hahaha. Jadi, alhamdulillah sudah tamat tahun 3 di sini sebagai Junior student dan kini hanya tinggal 2 semester sahaja sebelum dapat grad. Dalam blog kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengalaman sepanjang semester Spring 2019 di Michigan State University sebagai seorang Pelajar yang major dalam psychology.
So, jom mula dengan apa subjek yang saya ambil sem ini.

  1. Intro to Human Nutrition (HNF 150
  2. Evaluating Evidence in Social Science (ISS 305)
  3. Brain and Behavior (PSY 209)
  4. Stereotypes, Prejudice & Discrimination (PSY 342)


To be honest, semua subjek yang saya ambil semester ini semua saya minat sangat. Memang betul, kalau kita minat, semua boleh jalan, insyaAllah. Saya ambil HNF 150 sebab saya nak tahu cara pemakanan yang betul, saya ambil ISS 305 sebab tajuk dia menarik dan dua subjek psikologi yang saya ambil memang saya suka sangat sebab semua subjek psikologi bagi saya memang amat menarik. Jadi, disebabkan ada minat, result saya pun alhamdulillah mantap jugalah. Semester ini saya Berjaya naikkan semula CGPA saya kepada 3.50. GPA saya pula 3.77. Alhamdulillah. Memang sangat senang subjek subjek yang saya ambil sem ini.

New Members 2019-2020 Malaysian Student Organization of Michigan State University


Selain pelajaran, saya juga melibatkan diri dalam Malaysian Student Organization. Saya telah Berjaya mendapat jawatan Director of Media and Communication. Hehehe. So, kalau korang mahu ikuti perkembangan Pelajar Malaysia di Amerika, bolehlah follow @officialspartanmalaya.
Apa lagi ye nak cerita sem ini.. hmm.. Oh ya, saya nak share perasaan saya sem ini. Sem ini sangat easy, and saya sangat happy dan chill chill saja. Saya rasa Pelajar psikologi memang lagi relaks daripada Pelajar aliran lain.


Itu sahaja rasanya. Kalau nak tahu apa-apa, bolehlah komen di bawah. Boleh juga follow saya di Instagram @syafiqcat.

Okei, bye semua. Terima kasih sudi baca blog saya kali ini. Semoga berjumpa lagi! Doakan saya berjaya ye, thanks!

Ulasan

  1. Assalamualaikum nak tanya, what is ur spm result and was it hard to score in A-level?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam. Result SPM saya 9A. Saya tidak ambil A-level. Saya ambil American Degree Foundation (ADFP) di INTEC, Shah Alam

      Padam

Catat Ulasan