Cara Untuk Buat Sambal Nasi Lemak Dan Nasi Lemak Orang Bujang Mudah Dan Senang/ How To Cook Sambal Nasi Lemak And Nasi Lemak (Famous Traditional Malaysian Cuisine)
Hi semua. Selamat datang ke blog saya.
Harini saya ingin berkongsi cara untuk memasak sambal nasi
lemak dan juga cara masak nasi lemak orang bujang yang tinggal
Bersama sama
kawan-kawan di dorm, apartment ataupun asrama. Selalunya, apabila saya masak
nasi lemak, saya akan masak 8 pots nasi sebab memang laku nasi lemak saya. Perlu
dijelaskan bahawa saya tinggal Bersama sama 2 orang rakan saya bernama Ammar
dan Iqbal. Percaya atupun tidak, nasi lemak dan sambal pasti akan licin dalam
masa 2 hari sahaja. Begitu Sukanya mereka pada resipi nasi lemak. Mungkin kami
merindukan Malaysia disebabkan kami tinggal di Amerika, maka susahlah untuk
kami dapatkan nasi lemak RM2 di tepi jalan. Mana ada nasi lemak di US ni,
hahahaha. Maka apabila terjadinya nasi lemak, maka licinlah setiap kali saya
masak.
Jadi, tanpa membuang masa, saya akan share resipi yang saya gunakan:
Saya akan masukkan video youtube saya di bawah untuk dibuat
rujukan terhadap penulisan saya kali ini. Like and subscribe channel saya
syafiqcat dan follow saya di Instagram @syafiqcat.
SAMBAL NASI LEMAK (makan 3 orang)
Masa diambil untuk memasak sambal: 30 minit
-4 genggam cili kering
-segenggam ikan bilis (lagi banyak lagi sedap)
-asam jawa (dibancuh sedikit air)
-bawang besar atau merah 1 biji
-2 ulas bawang putih
-1 daun pandan
-1 sudu gula dan 1 sudu garam
-gula melaka (1/4)
-minyak
-semangkuk air
Pertama, kisar bawang besar dan bawang putih, kemudian
asingkan dalam satu mangkuk.
Kedua, rebus cili kering sampai puas kemudian tapis dalam
penapis. Tujuannya adalah untuk asingkan biji biji cili yang boleh menyebabkan
appendix. Kacau kacau cili dalam penapis itu sambil biarkan air paip mengalir.
Selepas itu, masukkan cili kering ke dalam pengisar dan sedikit air, dan kisar
sehingga halus.
Ketiga, panaskan minyak. Pastikan betul betul panas, kemudian
masukkan bawang yang sudah dikisar. Tunggu sampai naik bau kemudian,
Keempat masukkan cili kering yang sudah dikisar ke dalam kuali.
Kacau sehingga cili pecah minyak. Pecah minyak ialah apabila cili dalam kuali
berbuih buih. Ini ambil masa, jadi anda harus bersabar.
Kelima, masukkan gula kemudian garam.
Keenam, masukkan ikan bilis.
Ketujuh, masukkan gula melaka.
Kelapan, masukkan air asam jawa.
Kesembilan, masukkan daun pandan.
Kesepuluh, masak sambal sehingga merah pekat. Tambah air dan
biarkan ia masak sehingga merah pekat.
NASI LEMAK:
Bahan-bahan:
-beras
-santan sekotak
-air
-garam
Pertama, basuh beras (minimum:3 kali)
Kedua, masukkan daun pandan.
Ketiga, masukkan santan.
Keempat, masukkan air sehingga paras garisan pertama jari
telunjuk dari paras atas beras.
Youtube: Syafiq Cat
Sekian, terima kasih!
Wah rajinnya abg capik masak nasi lemak! Hehehe
BalasPadamOrang bujang terpaksa merajinkan diri :)
Padam