Musim coronavirus dan duduk di rumah tak tahu nak masak apa?
Ayam Kurma JOM!
Hello semua! Selamat datang ke blog saya.
Harini saya ingin berkongsi cara membuat ayam masak kurma.
Saya sediakan video untuk tujuan memudahkan orang orang bujang untuk memasak.
Saya percaya walaupun kita muda, kita semua boleh memasak kerana memasak adalah
perkara yang menyeronokkan. Di bawah adalah video youtube saya yang terbaru:
Bahan-bahan:
1. Setengah bawang merah/ bawang besar
2. Santan sekotan
3. Ayam
4. 3 sekawan: bunga lawang, kayu manis, cengkih
5. 3 sudu besar serbuk perencah kurma
6. Kentang (optional: suka hati nak banyak mana)
7. Carrot (optional)
8. Setengah sudu besar garam
9. Satu sudu besar gula
10. Minyak
Cara Masak:
1. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
2. Kemudian tumis bawang sampai naik bau.
3. Masuk 3 sekawan.
4. Selepas itu, masukkan rempah kurma 3 sudu dan kacaukan
masakan.
5. Tambah air secawan (ikut situasi nak berapa cawan asalkan
kuah jadi cantik)
6. Selepas mendidih, masukkan ayam dan masak ayam sampai masak.
7. Kemudian, masukkan carrot dan kentang. Biarkan seketika
sampai rasa kedua dua tadi sudah lembut dan okay.
8. Seterusnya, masukkan santan. Kacau masakan.
9. Masuk gula dan garam.
10. Siap.
Diharap video tersebut dapat membantu orang-orang muda untuk
memasak. Saya seronok membuat video ini. Sekian, terima kasih sudi singgah blog
saya.
Instagram: @syafiqcat
Youtube: @syafiqcat
Ulasan
Catat Ulasan