Fakta Ugly Truth tentang Kerjaya Psikologi di Malaysia



Faktanya manusia memerlukan pakar psikologi. Malaysia juga memerlukannya. Namun, perjalanan kerjaya dalam bidang ini sangatlah limited sumbernya. Apabila kita search di google cara menjadi psikologis di Malaysia, teramatlah sedikit posts yang boleh kita jadikan rujukan. Jika ada sekalipun, bahasa yang digunakan agak sukar difahami pelajar Sekolah menengah dan fresh graduate. 

Perbezaan yang terdapat dalam graduan dalam negara dan luar negara juga mempunyai perbezaan yang tidak jelas. Dilihat seperti tiada regulasi sebenar oleh pihak atasan. Pada pandangan saya, Persatuan Psikologi Malaysia perlulah lebih aktif untuk membantu perkembangan kerjaya psikologi di negara ini. Hal ini kerana, saya dapati ramai pelajar yang berminat untuk mempelajari dan mempunyai kerjaya dalam bidang ini. Jadi, selepas sekolah menengah, mereka mula menceburi degree in psychology dan selepas mereka bergraduasi, dilihat mereka seolah-olah mencari dimanakah peluang kerjaya dalam bidang ini seperti yang digembar gemburkan? Ada yang kecewa, lalu mereka bekerja di luar bidang mereka. Disebabkan ini juga, ramai mengambil jalan mudah iaitu masuk ke sektor HR kerana itu sahaja yang mereka Lihat dapat membantu mereka mengaplikasi bidang yang mereka pelajari. 

Pelbagai persoalan yang perlu dibantu oleh pihak kerajaan dan pihak yang terlibat dalam bidang psikologi ini. Jelaskan peluang pekerjaan apa yang diperlukan di Malaysia supaya mereka dapat merancang kerjaya mereka dengan baik. 

Setuju?

Follow saya di instagram baru khas saya wujudkan untuk membincangkan perihal kerjaya psikologi di Malaysia. Tujuan akaun ini dibuat adalah untuk membantu anda melihat secara jelas mengenai karier psikologi di Malaysia dan membongkarkan hakikat sebenar karier ini di Malaysia. Benarkah peluang pekerjaan dalam bidang ini banyak seperti yang diperkatakan? Benarkah Malaysia memerlukan psikologis atau hanya kaunselor? Dan pelbagai Persoalan yang bermain di minda mereka di Sekolah menengah dan juga fresh graduate yang masih terpinga-pinga. Kita akan bersama-sama memahami dan seterusnya menetapkan matlamat yang jelas apabila kita memahami perjalanan Pendidikan yang diperlukan untuk menjadi psikologis yang sebenar.

 Like, Share dan Follow. 

Kenal sesiapa yang memerlukan nasihat seperti ini?

Sebarkan kepada seramai mungkin.

Semoga usaha saya untuk membuat akaun ini dipermudahkan dan teruskan menyokong saya.

Sekian, terima kasih.


#karier #CareerpsychologyinMalaysia #Malaysianpsikologi #Psikologi #Careeradvice #Freshgraduate #People #Malaysian #Psikologist #Psychology #PsikologidiMalaysia

Ulasan