Pengalaman Interview Internship as HR (Human Resource) di Syarikat Schott Perai, Pulau Pinang as a Degree Holder of Psychology

Hi semua! 

Selamat datang ke blog saya. Sebagaimana yang anda semua tahu, saya sedang aktif dalam mencari kerja di Malaysia. Saya merupakan pemegang ijazah sarjana muda Psikologi dari Michigan State University, USA. Saya bergraduasi pada Mei 2, 2020. 



Untuk maklumat anda, salah satu permohonan saya untuk jawatan Internship as HR (Human Resource) di Syarikat Schott Glass di Perai, Pulau Pinang telah diterima dan saya telah dipanggil untuk di temu duga. Ini merupakan pengalaman pertama saya di temu duga untuk bekerja. Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca perkara-perkara yang mungkin akan membantu anda mendapatkan gambaran proses interview dan juga mungkin dapat membantu pelajar psikologi di pelbagai peringkat untuk merancang cara menjawab soalan-soalan temuduga yang mungkin bakal ditanyakan semula pada anda. 


Pada blog kali ini, saya ingin berkongsi proses perjalanan interview, soalan interview yang ditanyakan dan juga perkara yang saya rasa saya perlu perbaiki untuk interview yang akan datang. 


7 Julai 2020, saya menerima panggilan untuk menghadiri temuduga pada pukul 3 petang. Pada waktu itu saya sedang menonton video Coursera dan tiba-tiba panggilan masuk. Maka terjadilah pertemuan pada 8 Julai 2020 di Syarikat Schott di Perai. 




Pada pukul 9 pagi, saya dan ayah saya tiba di syarikat ini. Saya meneruskan ke balai pengawal untuk memaklumkan kehadiran saya pada pukul 9.30 pagi. Pengawal membawa saya ke sebuah bilik di tingkat atas. Semasa berjalan menuju ke bilik tersebut, saya melihat 2 buah bilik dipenuhi pekerja-pekerja HR yang sedang bekerja. Mereka semua di hadapan komputer seperti sedang memasukkan data-data. 




Sampai di bilik temu duga, aku disuruh untuk menunggu interviewer iaitu Mr. Ray dan juga Mr. Ck. Aku diberi segelas air sementara menunggu. Perasaan ketika itu ialah gementar sedikit. Maklumlah pertama kali interview kerja. Sementara menunggu, aku telah mengeluarkan fail kuning aku yang mengandungi segala pencapaian aku.


Susunan fail aku adalah seperti berikut:

  1. Sijil sijil akademik latest to oldest
  2. Recommendation letter
  3. Sijil-sijil lain latest to oldest


Pada pukul 10 pagi, 2 orang interviewers masuk ke dalam bilik. Lantas, aku berdiri menyambut kedatangan mereka. Setelah mereka menjemput aku duduk, maka aku pun duduk. Maka setelah itu terjadilah temu duga di antara aku dengan mereka berdua. 


Soalan-soalan yang ditanyakan kepada aku:

  1. So, tell me your journey from mrsm to intec to america. How was it? (Soalan ni lebih kurang seperti tell me about yourself)
  2. Why do you want to work in HR?
  3. Why do you not apply to work at America since the opportunity there is wider than Malaysia for a psychology holder?
  4. Why did you take psychology?
  5. Did you take any minor?
  6. Did you experienced any discrimination while at US since I heard they usually discriminate Asian?
  7. How did you adapt yourself at US?
  8. As a psychology holder, what can you contribute to HR?
  9. Do you know what will you do in HR?
  10. Do you good at Excel?
  11. Why do you apply for intern and not as full time?
  12. Do you know what is the career pathway for a psychology student? 
  13. Did you know that psychology graduates in Malaysia are having hard times finding jobs? Then why do you majoring in Psychology? 
  14. If you are accepted, and by the time you do your intern here and then you get a call from other company, what will you do? Do you willing to let go that opportunity?
  15. Do you have any questions for us?


Setelah satu jam di temuduga, maka tamatlah ia.  Apa komen saya? Saya rasa saya ada yang boleh saya jawab, dan ada juga yang saya rasa saya perlu perbaiki lagi jawapan saya dalam temuduga itu. Apa-apa pun ianya suatu pengalaman yang berharga untuk dijadikan pelajaran bagi memperbaiki diri untuk temuduga seterusnya. 



Semoga ianya bermanfaat buat pencari kerja terutamanya bagi yang mempunyai kelulusan dalam bidang Psikologi di Malaysia ini. 


Boleh follow instagram yang membincangkan kerjaya dalam bidang Psikologi di Malaysia dan juga topik-topik panas dalam graduan Psikologi di ig @kerjayapsikologidiMalaysia.



Follow blog saya dengan menekan butang follow dan share blog kali ini di seluruh media sosial. Boleh follow saya di YouTube @syafiqcat untuk melihat perjalanan saya di US sebagai pelajar. Boleh juga follow saya di IG @syafiqcat. 


Link: 

https://www.youtube.com/channel/UCKuFuor-ntTD2gkmHJMJH_w





Doakan saya dipermudahkan urusan mencari kerja. 

Sekian, terima kasih.






Ulasan

  1. Those questions were challenging. Part of it they want to know your general knowledge and your communication skill. I am sure each interview is a stepping stone for another. I am sure you will improve and adapt as you go. Good luck!

    BalasPadam

Catat Ulasan