Kesusahan mencari kerja sebagai lulusan pelajar sosial sains di Malaysia

 Hi, bertemu kembali bersama saya dalam sharing saya mengenai pencarian pekerjaan di Malaysia.

Sebagai seseorang yang baru bergraduasi, tentunya peringkat seterusnya adalah untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang diambil. Tetapi bagi graduan psikologi di Malaysia, hal mencari pekerjaan yang sesuai adalah amat sedikit dan gajinya tidak memberangsangkan jika melihat lambakan kerja di JobStreet.

Bila saya search kerja berkaitan Psikologi, kerja-kerja berikut adalah yang sering dikaitkan dengan psikologi:

1.       Human Resource

2.       Therapist

3.       Banking sector

4.       Special need teacher

5.       Counsellor

6.       Lecturer

Untuk lulusan degree, pilihan yang ada adalah sangat limited. Anda akan berasa stress, dan juga menyesal kerana memilih jurusan ini dan akan sentiasa dalam dilemma dalam memikirkan, apa lah kerja yang aku minat. Last-last, kau berkemungkinan end up kerja di pasar raya saja sebab untuk dapatkan kerja HR atau kerja yang ada dalam Jobstreet bukanlah satu perkara yang mudah.

Jujur aku katakan bidang psikologi ini tidak berbaloi langsung di Malaysia. Psikologi adalah bidang yang merugikan terutama sekali jika kau tidak ada visi nak kerja sebagai Therapist atau Kaunselor atau Lecturer. Kalau kau sekadar ambil Psikologi sebab minat tengok manusia, belajar behaviour, itu saja tidak cukup untuk bantu kau di Malaysia ini. Tapi kalau kau orang kaya, bukan anak eldest dalam family, go on, take the psych field. Tetapi kalau kau orang marhaen, kau lebih baik ambil bidang yang teknikal, macam AI atau something worth it. Bidang teknikal ini, satu perkara yang bagus untuk dipelajari.

 

Aku kata bidang teknikal lebih baik diambil sebab aku sudah lihat lambakan kerja teknikal di Malaysia. Kerja paling banyak di Malaysia ini lebih kepada bidang seperti Technician dan Operators.

Technician iaitu terdiri dari lulusan Diploma Teknikal dilihat lebih mudah lompat-lompat kerja dari lulusan degree oversea. Sebab peluang pekerjaan mereka sangatlah banyak. Tengok sahaja pembangunan kilang-kilang di Malaysia, seperti AT&S, INTEL, Infineon dan banyak lagi di Batu Kawan, dan Kulim.

Pendapat aku, aku merasakan Malaysia kaya dengan kerja-kerja untuk bidang-bidang teknikal dari bidang sains sosial. Kau masih nak ambil sains sosial? Ok, teruskan sahaja, Cuma pastikan kau sedar yang kerja yang kau akan dapat nanti itu, agak sukar untuk secure nya. Bukan nak takutkan, Cuma ini reality 2022.

Rezeki itu misteri. Aku pun tidak sangka aku akan bekerja sebagai HR. Aku cuba yang terbaik tapi aku juga merasakan yang HR bukan sesuatu yang aku akan lakukan selama lamanya.

Dengan ekonomi teruk, untuk adik-adik lepasan SPM, kalau kau nak ambil bidang teknikan di Politeknik, itu juga perkara yang baik kerana jaminan kerja ada. Jangan lihat kerja technician di kilang sebelah mata, sebab dengan OT mereka, gaji mereka mampu mencapai angka 4k.

Ada tak korang nak share realiti korang yang ambil sosial sains di Malaysia? Sila komen pendapat anda di bawah

 

Ulasan

  1. Salam Tuan, saya ada melihat youtube Tuan berkaitan East Lansing. Saya ingin bertanya tentang MSU jika tidak keberatan.Boleh saya dapatkan email Tuan.

    BalasPadam

Catat Ulasan