Patut kah orang muda yang baru bekerja membeli kereta atau motor?

 Patut kah orang muda yang baru bekerja membeli kereta atau motor?

 


Hi, Selamat Datang ke blog saya. Kali ini saya ingin berkongsi pendapat saya which is better, motor atau kereta dulu yang patut fresh grad beli.

Kelebihan membeli motor:

1. Kos membeli motor lebih affordable untuk fresh graduate commits setiap bulan berbanding kos kereta yang kadang kala membawa kos tambahan seperti kos servis.

2. Servis motor lebih murah menjadikan ia tidak menjadi kepeningan kepala. Jika pakai kereta, kita perlu expect mungkin akan ada kerosakan yang akan makan ratusan ringgit. Jadi, hidup tenang dengan motor.

3. Memberi peluang fresh grad bayar bulanan motor sambil menyimpan duit untuk kumpul downpayment kereta. Bagi saya, downpayment kereta perlu lah tinggi at least 20% dari harga kereta. Maybe kita kena ada dalam RM7000 ke RM10,000 dan target untuk buat selama 5 tahun loan. Lagi lama interest, lagi banyak yang kita kena bayar. Jika kita pada awalnya menggunakan motor, maka kita ada peluang menyimpan duit berbanding bayar bulanan kereta yang tinggi.

4. Masa perjalanan yang pendek. Lihatlah di mana-mana, kesesakan lalu lintas tidak dapat dielakkan dengan kereta. Jem menyebabkan diri stress diri meningkat lalu menjadikan awak seorang pemarah dan tidak happy dengan hidup. Namun, jika menggunakan motor, kita dapat mencelah dan mengelakkan diri menunggu dalam kesesakan lalu lintas yang semakin hari semakin mengarut.

5. Ada yang kata, motor ini kena hujan. Apa masalah nya, baju hujan sekarang dijual dan kalis air. Kalau takut sangat basah, bawa baju dan seluar tambahan. Tambah extra box di belakang motor. Selesai masalah.

6. Risiko kemalangan motor tidak dinafikan menakutkan. Tapi, takdir is takdir. Walau kau bawa kereta pun, risiko masih ada. Bukan melalui kau sahaja malah situasi dan cara pemanduan orang lain menjadi faktor kemalangan berlaku. So, chill je.

Jadi, tahun 2023 ialah tahun di mana inflasi mencanak naik. Harga semua tinggi sehinggakan membuatkan semua orang terutamanya orang berpendapatan sederhana tercungap cungap. Bagi saya, kalau kita baru bekerja, pembelian kereta ini bukannya tidak bagus cuma perlu di lambatkan sedikit. Bayangkan macam experimen Marshmallow. Orang yang menunggu akan lebih untung.

Jika beli kereta, duit simpanan akan kering dengan cepat. Tapi jika beli motor, duit simpanan dapat ditambah malah menjadi kelebihan untuk menjadikan ia downpayment tinggi untuk kurangkan tempoh loan dan bayaran bulanan. 

In short, ukur lah baju di badan masing-masing. Jika kita orang kaya, anak orang kaya, ok la nak beli kereta sebab tak ada masalah wang. Jika tidak, lebih baik kita fikir cara yang terbaik untuk pergi kerja dengan stress kurang dan dengan  mempunyai kuasa menyimpan duit  lebih tinggi iaitu dengan menaiki motor. Ikutlah nature kerja masing-masing. Kadang kala motor sudah mencukupi jika sekadar ulang alik sahaja dan tidak banyak outstation.

 

Saya harap blog kali ini membantu anda membuat keputusan. Do check out my latest video in Youtube:

 


Follow saya di IG @syafiqcat

Ulasan