Cara Atasi Soalan: Aku tak sure nak kerja apa dalam hidup ini

 Hi semua, tahun 2025 aku kembali semula ke blog ini. Harini aku ingin berkongsi cara mencari minat dalam pekerjaan atau cara cari kerja yang kita minat.



Tidak dinafikan bahawa kebanyakan kita membenci pekerjaan yang kita lakukan. Malah, dalam kajian data yang dibuat ada menunjukkan bahawa 80% manusia tidak gembira dengan pekerjaan mereka.

Jadi, apakah rahsia 20% manusia yang gembira itu?

Dalam mencari minat, sememangnya ianya akan mengambil masa bagi sesetengah orang. Ianya tidak salah malah bagus kerana sekurang kurangnya dia sedar yang dia perlu mencari perkara yang dia suka lakukan dari tersekat dengan pekerjaan yang dia benci. Jadi, ini adalah tips untuk cari minat dalam dunia pekerjaan :

TIPS CARI PASSION DALAM HIDUP:

1. Sedar Diri

Pastikan anda nilai diri anda dengan 3 faktor utama untuk lebih kenali keinginan diri:

a. Kekuatan diri: Cari dalam diri anda apa yang anda sanggup luangkan masa untuk belajar teknik baru atau pelajaran baru untuk anda tambah skil diri anda. Jika anda sudah ada skil tertentu, kenal pastinya dan tulis skil yang mana anda gembira untuk ajari atau praktiskan pada orang lain.

b. Hasil Kerja yang macam mana anda mahukan atau harapkan dalam pekerjaan. Senaraikan.

c. Persekitaran Pekerjaan yang macam mana awak suka. Adakah onsite atau online atau flexible.


2. Berjanji Temu (Dating)

- Pastikan awak tidak stuck dengan satu kerja sampai mati kalau awak rasa kerja itu membunuh jiwa awak. Cuba senaraikan semua pekerjaan yang awak teringin nak buat dan kemudian apply kerja itu.
-Cuba sebanyak mungkin sehinggalah awak jumpa kerjaya yang awak minati.
- Bukan dengan manusia sahaja kena kenal, tapi kerja juga perlu sesi suai kenal.
- Tak semestinya semua perlu full time. Ada kerja seperti youtuber boleh dilakukan pada waktu lapang.

3. Persekitaran

- Pastikan awak dekat dengan perkara yang sokong awak dalam perjalanan mencari diri awak. Dengarlah podcast, youtube untuk tambah ilmu dan dekati orang yang sama sama nak berubah jadi lebih baik.


Selepas dah buat semua ini, aku jatuh cinta dengan lebih dari satu kerjaya. Macam mana nak pilih?

- Pilihlah lebih dari satu pun tidak ada masalah. Bahagikan sahaja kerja kerja itu mengikut masa seperti full time, part time atau freelance. 


Elokkah kita tukar kerja banyak kali?

- Sudah tentu pandangan mereka yang berada dalam industri HR akan menjadi serong tetapi pedulikan mereka. Kebahagiaan awak lebih penting daripada mereka. Awak sedang mencari tujuan awak dalam hidup ini. Kerjaya yang betul betul sesuai untuk awak akan jadikan awak lebih produktif dan efisien.

Ini menunjukkan kita adalah seorang yang flexible, resilient. Ia sepatutnya menjadi normalisasi dalam masyarakat. Dengan cara ini, kita dapat menjadi pakar dalam sesuatu skill berbanding hanya fokus kepada satu industri.


Ingat, yang paling utama adalah berkenaan kebahagiaan diri sendiri dan bukanlah mengikut kata kata orang lain. 
You must love what you do. 


No one can tell you that you cannot achieve it. It is only your imagination. Keep exploring, young one.


Expert in yourself is crucial. Find your unique strength and use them to find what you want to do and just do it with the intention to serve others. People will say a lot but remember what Gadhi once said, first they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win.


Altruism is never wasted as it will serve people. When you do kind things, kind things will come back at you.


-Credit: Scott Dinsmore/ Emma Rosen, TedXTalks 2018



WATCH MY YOUTUBE VIDEO:



Ulasan