Hi! Assalamualaikum dan salam 1
Malaysia.
Kali ini saya ingin berkongsi
dengan anda, pembaca mengenai bagaimana saya menetapkan minat saya untuk
belajar bidang psikologi. Selepas SPM, seperti kebanyakkan anda semua, saya pun
selalu terfikir-fikir mengenai apalah yang patut saya sambung selepas ini. Pada
mulanya, saya dulu fikir selepas SPM, saya dah merdeka dan tiada apa-apa lagi
tapi saya sedar saya silap. Jadi, anda semua haruslah merancang awal ye
mengenai minat anda, discover diri anda sebaik mungkin, cari minat anda seawal
mungkin. Jadi, saya telah banyak kali berjumpa dengan kaunselor saya di sekolah
bagi berbincang, bertanya mengenainya. Saya juga banyak melakukan kajian di
internet.
Melaluinya, saya mendapat pelbagai maklumat dan lebih mengenali diri
saya. Saya suka biologi tapi saya tidak suka perkara-perkara berkaitan
pembedahan. Jadi, menjadi seorang doktor bukanlah pilihan saya. Jadi saya cuba
fikir subjek yang tidak melibatkan pembedahan dan saya dapati subjek psikologi
adalah yang sesuai. Jadi, saya pun memilih subjek ini. Memang tidak dinafikan,
ada sahaja kata-kata yang menyaranakan agar menyambung pelajaran dalam bidang
lain. Tapi, saya percaya, untuk berjaya, kita perlu memilih bidang yang kita
minat kerana kita yang akan belajar bukannya mereka. Tapi nasihat mereka itu
pun ada benarnya, terpulanglah kepada kita untuk memahami minat diri kita
sendiri. Banyakkan berdoa dan minta pandangan orang yang banyak pengalaman.
Buat ujian inventori, ujian psikologi warna, ujian personaliti dan lain-lain
bagi mengenali diri anda dengan lebih baik.
Teruskan mencari minat anda.
Sekarang saya adalah pelajar INTERNATIONAL EDUCATION COLLEGE (INTEC), SHAH
ALAM, psychology dan akan melanjutkan pelajaran di USA, insyaALLAH 2017 nanti.
Saya adalah penerima biasiswa JPA-MARA.
Sekian, terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan