Cara, Tips dan Nota Bertaubat berdasarkan Tanyalah Ustaz TV3

Topik: Taubat
Reference: Tanyalah Ustaz TV3 by Ustaz Dr. Muhammad Nidzam Abd Kadir
Tarikh Rakaman: 25 Ogos 2019


LINK FB TV3 Tanyalah Ustaz:







a) RUKUN TAUBAT:
1. Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan.
2. Meninggalkan maksiat itu.
3. Berazam untuk tidak melakukan maksiat.
Perkataan berazam itu penting. Berazam itu bermaksud kita sedaya upaya cuba untuk tidak terus melakukan maksiat itu. Jika kita melakukan maksiat itu lagi, maka ianya tidak membatalkan taubat kita yang awal tadi, namun kita memerlukan taubat yang baru.
b) JIKA BUAT SALAH KEPADA MANUSIA:
tambah satu lagi rukun iaitu:
4. Meminta maaf kepada orang itu.
-Yang penting adalah usaha kita untuk meminta maaf atas kesalahan kita kepada orang itu.

NOTA:
Secara umumnya, bila sahaja kita buat maksiat, terus sahaja taubat. Penerimaan taubat tidak terikat dengan waktu. Bila bila sahaja kita boleh bertaubat.
TIPS:
-lazimi istighfar seperti Nabi Muhammad s.a.w
-berdamping dengan orang orang soleh.
-jangan pandang ringan pada dosa dosa kecil
-best time untuk solat sunat taubat adalah sewaktu tahajud.
-solat taubat tidaklah menjadi syarat untuk kita bertaubat. Tetapi kalau kita buat, mestilah dapat pahala dan Allah suka.

Ulasan