Body Language Rahsia Kejayaan Diri

Hi semua! Apa khabar? 

Harini saya nak berkongsi apa yang saya belajar daripada sebuah tedtalk mengenai nonverbal language iaitu bahasa badan atau body language. Penyampainya ialah seorang psikologis sosial, Amy Cuddy.



Ada 2 jenis bahasa badan:
1. Dominan: lebih kurang seperti membuatkan postur badan meluas
2. Lemah: Seperti mengecilkan diri dengan berpeluk tubuh contohnya.

Jadi, Amy telah menjalankan eksperimen pertama. Beliau kaji kesan postur badan kepada perubahan minda seseorang. Adakah kita boleh berpura pura membuat postur dominan dan akan affect kita punya keyakinan diri atau adakah postur lemah dapat melemahkan semangat diri. Dia melakukan ujian ini kerana ingin mengetahui adakah bahasa badan memainkan peranan penting untuk berjaya dalam kehidupan. Amy ambil sampel air liur peserta-peserta setelah tamat ujian.

Kajian pertama menjumpai:
1. Bahasa Badan Dominan: 
        -Testesterone peserta-peserta meningkat. (Merangsang pertumbuhan tisu badan)
        -Cortisol berkurangan (hormon stress)
2. Bahasa Badan Lemah: 
        -Testesterone berkurangan
        -Cortisol bertambah

Kajian pertama, Amy cakap yang bahasa badan kita menentukan kita punya hormon atau perasaan. Kemudian Amy cakap adakah ini yang kita nak buat bila di interview kerja. Kangkang luas, angkat kaki atas meja, atau bercekak pinggang? Hahaha. Kemudian, Amy pun cakap, tidak seperti itu. Jadi, dia pun menjalankan eksperimen kedua. Dia letak peserta-peserta dalam job interview yang sangat stressful. Orang yang interview mereka memberikan komen tanpa nonverbal language atau tanpa bahasa badan. Okay, aku pun dah pening. Jom aku bagitau apa keputusan eksperimen ini.

Kajian kedua mendapati: 
1. Orang yang buat power pose lebih diminati untuk diambil bekerja daripada orang yang buat bahasa badan lemah.


Jadi, Amy pesan 'Fake it until you become it'. Amy cakap semasa dia umur 19 tahun, dia accident kereta. Dia punya IQ dikatakan affected dan dia berasa sangat lemah bila mengetahui perkara itu. Jadi, dia berusaha sangat bersungguh-sungguh dan berjaya menamatkan kolej dalam masa 4 tahun lebih lama daripada orang lain. Dia diterima ke Princeton, kemudian dia berkata pada dirinya, "saya tak layak berada di sini, saya hanya berpura pura pandai, saya tidak menjadi diri saya sendiri". Di Princeton, dia perlu beri talk pertama dia di hadapan 20 orang. Selepas talk itu, dia berasa gagal dan menelefon penasihat akademik dia untuk berhenti. Namun, penasihat akademiknya berkata, "Kamu tak boleh berputus asa. Kamu akan lakukan setiap talk yang diberikan. Berlakonlah seperti kamu pandai sehingga kamu benar-benar mahir. Kamu akan cekang kaku tapi teruskan sehingga kamu boleh berkata, "Tak sangka, sebenarnya saya benar-benar boleh melakukannya". Lalu dia pun meneruskan pengajiannya. Dia akhirnya berjaya dan kemudian ke Northwestern dan sekarang beliau berjaya ke Harvard dan beliau sendiri berkata, perasaan itu sudah tiada lagi. 

Beberapa tahun kemudian, ada seorang pelajar yang sangat diam dalam kelas. Dia menasihatkan pelajar itu supaya bercakap supaya tidak gagal dalam kelasnya. Semasa rehat, pelajar itu datang berjumpa dengannya dan berkata, "Saya tidak sepatutnya berada disini." Hati Amy terentap kerana dia pernah melalui perasaan seperti itu bertahun tahun dahulu. Lalu, dia terus menasihatkan pelajar itu dengan bersungguh-sungguh dan nasihatnya paling unggul adalah "Berlakonlah yang anda sebenarnya benar-benar hebat sehingga anda berkata, 'Saya tak sangka saya benar-benar berjaya melakukannya'".  Setelah itu, pelajar berkenaan cuba berani melontarkan komen dalam kelas walaupun dia sebenarnya masih keraguan dan akhirnya komen pelajar itu merupakan komen paling hebat dalam kelas tersebut. 

Jadi, Amy menasihatkan kepada kita semua untuk cuba Power Posing atau bahasa badan dominan sebelum ke mana-mana seperti di dalam bilik, dalam lif sebelum ke acara-acara penting seperti interview kerja. Ingat, Power Pose dapat membantu:

1. Naikkan Testesterone
2. Kurangkan Cortisol (Stress)

Share informasi sains ini bersama orang lain bagi membantu mereka dalam kehidupan. Link kepada Tedtalk boleh dijumpai di bawah:



Sekian, terima kasih.

Follow IG saya @syafiqcat



Ulasan